Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Najib Luah Rasa Melalui Klip Video

$
0
0
Mynewshub


LIHAT VIDEO DI SINI 


MESEJ TERAKHIR… Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bersyukur dengan ujian dihadapinya dan disifatkan dugaan dunia kerana tidak semua orang berpeluang menjalaninya.

 

Melalui pesanan suara terakhir yang diiringi klip video yang disiarkan menerusi Facebooknya semalam dan tular dalam kalangan netizen, beliau meluahkan tetap bersyukur dengan apa yang dihadapinya sekarang.

Mesej berdurasi lebih dua minit yang dipercayai dirakam sebelum penahanan Ahli Parlimen Pekan di Pahang itu, antara lain disertai paparan gambarnya beramah mesra dengan rakyat jelata ketika menjadi pemimpin kerajaan.

Tambah Najib, beliau juga mengakui kelemahannya sebagai manusia biasa, namun mendakwa “tidak semua tuduhan” yang dilemparkan ke atas diri dan anggota keluarganya itu adalah benar.

Klip video yang berdurasi lebih dua minit tersebut dipercayai telah dimuat naik pentadbir akaun sosial Facebook tersebut kira-kira jam 11 malam Selasa dan beliau meluah rasa mengenai situasi yang sedang dihadapinya itu.

“Rakyat Malaysia yang dikasihi sekiranya saudara-saudari mendengar mesej ini, bermakna tindakan sudah pun mula diambil ke atas saya. Saya ingin memohon ampun dan maaf kepada rakyat Malaysia.

“Rakyat Malaysia berhak dapat pimpinan terbaik. Saya sudah lakukan sedaya upaya saya.Namun saya sedar ia tidak cukup. Saya akui ada banyak kelemahan tapi saya juga ingin menyuarakan suara hati saya kepada rakyat Malaysia yang sangat saya kasihi.

“Ya saya tidak sempurna seperti manusia biasa,namun percayalah apa yang dituduh keatas saya tidaklah semuanya benar.

“Memang rumah kami digeledah selama berhari-hari, memang saya disiasat dan ada barang dirampas, namun semua ini belum konklusif. Ada banyak berita, gambar tersebar bersifat khabar angin, palsu putar belit dan fitnah. Biarlah siasatan dijalankan.

“Saya belum berpeluang untuk mempertahankan diri saya. Ya saya sudah tewas dan saya akur keputusan rakyat. Dan saya sedar kekalahan ini juga bermakna saya terdedah kepada lebih banyak tohmahan yang dahsyat.

“Benar semua orang samarata di siai undang-undang bukan sahaja di dunia tetapi juga balasan di akhirat.

“Tiada sesiapa yang akan terlepas termasuklah sang penguasa di dalam kerajaan hari ini, dan mereka yang menyebar khabar angin dan mengaibkan orang lain.

“Saya terima bahawa hari ini hari saya dan keluarga menjalani dugaan dunia, saya tetap bersyukur kerana tidak semua orang berpeluang menjalani dugaan dunia.

“Kita semua tahu bahawa dugaan di akhirat adalah jauh lebih perit. Saya akan hadapi dengan tabah. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, Maha Mengasihani, dan Maha Penyayang.”

Sementara itu jurucakap Najib menyifatkan tangkapan ke atas tokoh itu adalah sesuatu yang dijangka kerana sejak ambil alih kerajaan, Pakatan Harapan sudah ‘sampaikan hukuman bersalah’ ke atasnya di khalayak umum.

Menerusi kenyataan tiga perenggan, dia berkata pendakwaan berhubung SRC International Sdn. Bhd. di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 dilihat ada motif politik.

“Datuk Seri Najib Tun Razak akan terus berlawan dalam pendakwaan ini dan akan membersihkan namanya di mahkamah. Insya-Allah, kebenaran akan terbukti,” kata jurucakap tersebut. – Mynewshub


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722