Farush Khan
KISAH-kisah besar, termasuk yang melibatkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan 1MDB tidak berjaya menenggelamkan isu seorang peraih getah berusia 41 tahun yang berkahwin dengan budak 11 tahun.
Cerita di atas hanyalah ibarat setitik air di samudera apabila diambil kira berjuta-juta kes serupa di seluruh dunia.
Menurut statistik, kira-kira 12 juta orang perempuan dari merata pelosok di dunia ini kahwin sebelum mencapai usia 18 tahun setiap tahun.
Di Malaysia, perempuan bawah usia 18 tahun boleh nikah di bawah undang-undang syariah dan sivil.
Perempuan bukan Islam boleh bernikah walaupun berusia 16 tahun, tetapi mesti mendapat keizinan menteri besar atau ketua menteri.
Bagi orang Islam, usia minima untuk bernikah adalah 16 tahun bagi perempuan dan 18 bagi lelaki, tetapi jika mendapat keizinan mahkamah syariah, boleh bernikah lebih muda daripada itu.
Sejumlah 10,240 orang Islam bawah umur didaftarkan berkahwin di negara ini dari 2005 hingga 2015.
Bagi bukan Islam, Jabatan Pendaftaran Negara menerima 2,104 perempuan berkahwin pada usia 16 tahun dari 2011 hingga September 2015.
Kaji selidik Unicef yang dijalankan mendapati 70 peratus mereka yang ditemu ramah berpendapat nikah kanak-kanak tidak boleh diterima, 17 peratus tidak pasti dan 12 peratus menganggap ia boleh diterima.
Perkahwinan bawah umur sering menjadi kontroversi. Masyarakat moden menganggap pelajar sekolah rendah yang berumur 7 hingga 12 tahun belum layak berkahwin.
Ada berpendapat pelajar sekolah menengah rendah (13-15) belum layak mengandung, melahirkan anak dan menyusukan anak.
Pada peringkat ini , mereka lebih sesuai belajar di sekolah dan mengalami serta merasai keindahan dunia remaja secukupnya.
Enakmen Majlis Agama Islam di Malaysia menunjukkan lelaki boleh berkahwin apabila berumur 18 tahun ke atas manakala perempuan 16 tahun ke atas.
Jabatan Kehakiman Syariah mendapati perkahwinan bawah umur di Malaysia banyak berlaku di Kelantan. Bagi tempoh 1 Januari 2005 hingga 12 Januari 2006 berlaku di Kelantan (115 kes), Sabah (102) dan Sarawak (100) .Kes permohonan berkahwin awal yang telah selesai di Sarawak (92 kes), Kelantan (81) dan Sabah (60). Mereka berkahwin semasa masih bersekolah atau tidak menamatkan persekolahan atau tidak bersekolah.
Kajian dijalankan menunjukkan terdapat beberapa punca perkahwinan bawah umur, iaitu:
Hilang minat dengan alam persekolahan dan tercicir; dan Mendapatkan suami yang mampu menyara hidup mereka.
Perkahwinan dianggap penyelamat masalah keluarga..
Di Kelantan, pasangan bawah umur boleh meminta kebenaran bertulis atau pengecualian daripada Pejabat Kadi dengan memberi alasan munasabah.
Pasangan bawah umur dianggap masih tidak matang dan kemungkinan bercerai akan berlaku kerana tidak bijak memainkan peranan sebagai isteri dan ibu. Jika subur tubuh badan (pernah haid) dan matang, bolehlah dibenarkan berkahwin.
Menurut Enakmen Keluarga Islam Kelantan had umur minimum perkahwinan adalah 16 tahun bagi kaum wanita kecuali dengan kebenaran mahkamah syariah.
.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat berkata, perkahwinan kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Gua Musang, Kelantan yang tular di media sosial sejak Jumaat tidak sah dari segi undang-undang kerana tidak mendapat kelulusan mahkamah.
Difahamkan, PKR, yang beliau menjadi Presidennya, juga sedang memberi perhatian kepada penetapan umur minima yang sesuai bagi mereka yang hendak kahwin.
Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula berkata, bapa atau wali yang menikahkan anak perempuan bawah umur atas faktor kemiskinan tidak layak digelar wali.
Ini kerana maksud sebenar wali adalah pelindung.
“Biarpun tiada paksaan dalam Islam untuk menikahkan anak perempuan, namun pelbagai dalil mensyaratkan kerelaan wanita dalam perkahwinan.
“Anak perempuan yang di bawah umur, yang tidak memahami realiti apa yang dipersetujui tidak boleh dianggap rela,” katanya melalui laman Facebooknya.
Katanya, adalah perlu bersifat terbuka dalam menilai pandangan-pandangan agama sekalipun dari mazhab yang kita terbiasa dengannya.
Islam itu hujah. Ia diutuskan untuk kebaikan manusia, bukan sebaliknya.
“Maka, segala nas, tafsirannya dan pendapat dari apa aliran sekali pun hendaklah dilihat dalam konteksnya yang betul,” katanya.
Adalah wajar perkara berkaitan perkahwinan kanak-kanak diberi tumpuan mendalam oleh semua pihak berkaitan, bukan diambil secara remeh sahaja.

Gambar yang dikongsi Syed Ali di Facebooknya.