Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Pertuduhan terhadap Najib hasil siasatan penuh SPRM – KPN

$
0
0
THE MALAYSIAN TIMES
 



KUALA LUMPUR: Empat pertuduhan terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini adalah hasil siasatan yang dilakukan sepenuhnya oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Perkara itu dijelaskan Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun ketika ditemui pemberita selepas Majlis Sambutan Aidilfitri di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, di sini, hari ini.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus bekerjasama dengan jabatan-jabatan yang ditetapkan bagi membantu siasatan melibatkan bekas Presiden UMNO itu berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“PDRM akan melakukan siasatan secara dalaman dan perlu patuhi segala peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Kes Najib bergantung pada siasatan dan kita tidak boleh serbu secara sebarangan,” katanya.

Najib ditahan di rumahnya di Jalan Langgak Duta, di Kuala Lumpur pada 2.35 petang semalam oleh SPRM berhubung siasatan kes SRC International.

Bekas Perdana Menteri itu telah hadir ke ibu pejabat SPRM dua kali bagi merekodkan keterangan berhubung kes SRC International.

Hari ini, Najib didakwa atas tiga pertuduhan melakukan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalahguna jawatannya berhubung dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Beliau bagaimana pun mengaku tidak bersalah dan dibenarkan diikat jamin sebanyak RM1 juta dengan dua orang penjamin serta perlu menyerahkan dua dokumen perjalanan beliau kepada mahkamah.

Hakim Datuk Mohd Sofian Abd Razak menetapkan secara tentatif tarikh perbicaraan selama 19 hari dari 18 Feb sehingga 28 Feb 2019, 4 Mac sehingga 8 Mac 2019 dan 11 Mac sehingga 15 Mac 2019.–Bernama


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722