Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

PRK SUNGAI KANDIS: PAS DAN UMNO PERLU BEKERJASAMA

$
0
0



PAS dan UMNO perlu menjadikan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis sebagai perintis untuk membentuk kerjasama demi kebaikan orang Islam serta Melayu di negara ini.

Bekas Setiausaha PAS Negeri Selangor, Norman Toha berkata, kerjasama melibatkan dua parti Melayu terbesar itu perlu dilakukan dalam keadaan politik hari ini yang menyaksikan perpecahan dalam kalangan orang Melayu.

“Perkara ini tidak mustahail dilakukan kerana UMNO pernah memberi laluan kepada PAS untuk mengekalkan DUN Chempaka selepas kematian penyandangnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

“Jadi kerjasama ini boleh dilakukan. PRK ini juga perlu dijadikan titik tolak untuk membentuk lebih banyak kerjasama pada masa depan. PAS dan UMNO perlu membuat pertimbangan sebaiknya untuk menguatkan kembali suara orang Melayu,” katanya kepada Watan Online pada Rabu.

Norman berkata, kira-kira 71.5 peratus pengundi DUN Sungai Kandis merupakan orang Melayu dan UMNO serta PAS sepatutnya merangka kerjasama untuk menarik sebanyak mungkin undi Melayu.

“Tidak mustahil jika PKR tumbang di kerusi ini jika UMNO dan PAS membentuk kerjasama. Saya menaruh keyakinan ramai orang Melayu melihat kerjasama antara kedua-dua parti ini dapat direalisasikan,” katanya.

Kerusi DUN Sungai Kandis kosong selepas penyandangnya Mat Shuhaimi Shafie meninggal dunia akibat kanser limfoma, pada usia 50 tahun.

Pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) 9 Mei lepas, Allahyarham menewaskan tiga calon lain di DUN berkenaan dengan majoriti 12,480.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722