Quantcast
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

TAK BERSALAH, MOHON DIBICARAKAN- NAJIB

Image may be NSFW.
Clik here to view.



Datuk Seri Najib Razak mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan mengaitkan pecah amanah dan tuduhan rasuah, sebaliknya minta dibicarakan.

“Tidak bersalah dan mohon dibicarakan,” kata bekas Perdana Menteri itu di kandang tertuduh di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Khamis.

Najib berdepan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan rasuah membabitkan wang berjumlah RM42 juta dibacakan terhadapnya sekali lagi di Mahkamah Tinggi sebentar tadi.

Sementara itu, Peguam Negara, Tommy Thomas, memberitahu mahkamah walaupun pertuduhan yang dikenakan terhadap bekas perdana menteri itu adalah kesalahan yang tidak boleh dijamin, pihaknya tidak membantah sebarang jaminan diberikan.

Beliau menawarkan jaminan RM4 juta dengan dua orang penjamin tanpa syarat tambahan.

Sementara itu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, membantah jumlah itu kerana terlalu tinggi.

Beliau memohon jumlah jaminan dikurangkan dengan mengambil kira perkhidmatan anak guamnya dalam berkhidmat kepada kepada rakyat.

Katanya, Najib tidak mempunyai kesalahan lampau, malah tidak mempunyai kesalahan trafik.

Muhammad Shafee kemudian memberitahu mahkamah bahawa dua anak Najib akan menjadi penjamin kepada bapa mereka.



Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722