Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Pas gesa Akta Kawalan Dana Politik dan Politik Wang perlu diperkenalkan kerajaan PH

$
0
0


Pas gesa Akta Kawalan Dana Politik dan Politik Wang perlu diperkenalkan kerajaan PH


Pas menggesa kerajaan memperkenalkan Akta Kawalan Dana Politik dan Politik Wang bagi mengawal dana politik yang disalurkan kepada parti-parti politik yang ada di negara ini.

Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata sebelum ini bekas Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak pernah cuba untuk membawa akta itu ke Parlimen untuk dibahas dan diluluskan namun hasrat berkenaan tidak tercapai.

“Sebenarnya draf akta itu sudah ada dan PAS dan Gagasan Sejahtera pernah kemukakan pandangan balas kita terhadap akta ini dan beberapa tindakan-tindakan awal yang perlu dibuat oleh pihak kerajaan (pimpinan Barisan Nasional ketika itu).

“Tapi sayangnya akta ini tak dibawa ke sidang Parlimen dan kita mengharapkan sidang akan datang, kita akan berusaha desak perkara itu diangkat semula oleh kerajaan (pimpinan Pakatan Harapan ketika ini),” katanya kepada pemberita ketika menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Kumpulan Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) di Kota Bharu hari ini dipetik Bernama.

Tuan Ibrahim mengulas mengenai tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang bertindak membekukan kira-kira 900 akaun termasuk beberapa akaun milik Umno pusat dan negeri-negeri susulan siasatan ke atas skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim yang juga anggota Parlimen Kubang Kerian berkata setiap parti politik perlu telus dalam menyatakan daripada mana mereka mendapat sumber kewangan untuk membiayai pelbagai aktiviti membabitkan parti masing-masing.

“Semua (pembiayaan) dana politik ini mesti terbuka, mesti boleh diakses oleh semua orang. Kita tak mahu budaya lama kerana calon yang bertanding perlu menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dan bukan mewakili kepentingan mana-mana pihak yang membiayai parti mereka.

“Bagi Pas, kita jelas (mengenai sumber kewangan kita). Kita tahu dana melalui sumbangan anggota kita dan kita bentang dalam setiap mesyuarat agung dan kita juga hantar (penyata kewangan) kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) dan kita tak ada perkara yang perlu diselindungkan,” katanya.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722