Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

'BERSIH bukan penjaga parti politik'

$
0
0
MALAYSIAKINI


BERSIH mengingatkan Umno bahawa gabungan itu mengawasi pemilihan untuk jawatan awam dan bukan memantau pemilihan parti.

"BERSIH tidak mengawasi semua bentuk pemilihan - hanya yang membabitkan kepentingan orang umum dalam bentuk perwakilan dalam kerajaan.

"Itulah 'mandat' kami. Bagi pemilihan PKR, atau mana-mana parti dan juga pemilihan NGO, ia adalah perkara dalaman yang mesti ditangani oleh pihak yang berkepentingan langsung dalam badan berkenaan - iaitu ahlinya sendiri," kata jawatankuasa pemandu BERSIH.

Menurutnya, BERSIH 2.0 ditubuhkan untuk meningkatkan demokrasi di negara ini dengan memperjuang integriti dalam proses dan sistem memilih kerajaan.

"Kami bertanggungjawab untuk memastikan kerajaan dan wakil-wakil
rakyat bertanggungjawab atas tindakan mereka dan penggunaan dana awam," katanya.

Badan tersebut yang diketuai pengerusi bersama Maria Chin Abdullah dan Ahmad Farouk Musa menjawab komen ahli Majlis Tertinggi Umno, Tan Sri Ibrahim Abu Shah semalam.

Dalam laman web parti Umno Online, Ibrahim berkata BERSIH perlu mengulas mengenai pemilihan parti PKR sebelum mengkritik parti pemerintah, dengan berkata, "BERSIH perlu bersihkan dulu segala unsur-unsur penyelewengan, rasuah, ketidakadilan yang berlaku dalam pemilihan parti PKR terlebih dulu, barulah boleh nak tegur orang lain."

Ia membidas kenyataan BERSIH berhubung krisis di Terengganu di mana tiga ADUN BN bertindak keluar Umno dan ketika itu menyebabkan kerajaan negeri BN hilang majoriti.

Dalam jawapannya, BERSIH berkata reaksi Umno itu tidak mengejutkan, dan didakwa dibuat untuk "mengalihkan tumpuan daripada kemelut Terengganu".

Ia mengingatkan Ibrahim bahawa BERSIH "hanya membuat susulan untuk mencari kebenaran" kepada apa yang telah dikatakan oleh bekas ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin berhubung krisis tersebut, bahawa wakil rakyat itu akan kembali kepada Umno'if the "price" is right'.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722