Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Ramkarpal nafi slogan bertujuan memperdaya pengundi

$
0
0
THE MALAYSIAN INSIDER

 
Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh melambaikan tangan kepada penduduk kawasan perumahan di In Farlim semasa siri kempen beliau. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain, 17 Mei, 2014.Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh melambaikan tangan kepada penduduk kawasan perumahan di In Farlim semasa siri kempen beliau. – Gambar The Malaysian Insider oleh Hasnoor Hussain,


Ramkarpal Singh, anak lelaki ketiga mendiang Karpal Singh, berkata slogan "I am Karpal Singh" yang digunakan pada kain rentang dalam kempennya tidak bertujuan untuk memperdaya pengundi seperti didakwa seorang calon bebas dalam pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor.

"Ia hanya slogan yang tidak sepatutnya difahami secara harafiah dan saya rasa semua orang memahaminya kecuali dia (calon bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar).

"Slogan itu membawa maksud semangat Karpal Singh kekal bersama kita semua," katanya kepada pemberita ketika berkempen di flat Desa Mawar, Air Itam, di George Town hari ini.

Menurut laporan, Mohamed Nabi Bux membidas Ramkarpal Singh berhubung kain rentang yang mempunyai tulisan "I am Karpal Singh", dengan gambar Ramkarpal Singh diletakkan di bawah tajuk kempen.

Mohamed Nabi Bux mendakwa kain rentang berkenaan memberi mesej salah dan menampakkan seolah-olah pengerusi DAP yang meninggal dunia itu yang bertanding, bukan anaknya Ramkarpal Singh.

Selain Ramkarpal Singh dan Mohamed Nabi Bux, pilihan raya kecil pada 25 Mei ini turut ditandingi seorang lagi calon bebas Abu Backer Sidek Mohammad Zan dan naib pengerusi Parti Cinta Malaysia Datuk Huan Cheng Guan. – Bernama,

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722