Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Najib umum 11 langkah kerana adanya Himpunan Turun?

$
0
0
SAIDAH HAIRAN 


KUALA LUMPUR: Langkah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan 11 langkah bagi mengurangkan perbelanjaan sektor awam dilihat hanya melepaskan batuk di tangga bagi meredakan atau mengurangkan tekanan rakyat terhadap kerajaan BN.

Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusoff menegaskan, jika benar Perdana Menteri hendak membantu rakyat sepatutnya langkah tersebut diumumkan dalam pembentangan bajet 2014.

Menurut beliau, langkah yang diumumkan oleh Najib menunjukkan bahawa kerajaan BN berada dalam keadaan terdesak untuk meredakan kemarahan rakyat.

"Di saat rakyat bangkit untuk turun dalam Himpunan Turun malam tahun baru lalu barulah Najib mengambil tindakan mengumumkan 11 langkah tersebut," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Rantau Panjang menegaskan, 11 langkah tersebut langsung tidak ada kesan terhadap penderitaan dan kesusahan yang ditanggung rakyat.

Katanya, langkah mengurangkan elaun keraian sebanyak 10 peratus Perdana Menteri dan Timbalan Menteri, adakah ia berbaloi sedangkan gaji Perdana Menteri termasuk elaun sebulan hampir RM80,000.

"Jika elaun mereka dipotong 10 peratus langsung tidak menjejaskan pendapatan mereka. Sedangkan rakyat terus berdepan dengan kenaikan harga barang, GST, tarif elektrik dan sebagainya," tegas beliau.

Menurut beliau, sepatutnya kerajaan BN mengambil langkah mengingkatkan pendapatan rakyat serta mengurangkan kos kehidupan mereka bukan semakin menambah bebanan rakyat.

Beliau kesal dengan tindakan Najib yang mengekalkan sembilan Penasihat kepada PM termasuk Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil sebagai Penasihat Khas yang sudah tentu dibayar gaji menggunakan wang rakyat.

"Sepatutnya kerajaan BN semak semua perkara sama ada perlu atau tidak jawatan Penasihat sehingga melibatkan sembilan orang," tegasnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722