Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Bukit Gelugor: Suasana tenang, kempen hebat tanpa BN

$
0
0
SALMIYAH HARUN 


KUALA LUMPUR: Keputusan BN tidak meletakkan calonnya pada Pilihan raya Kecil (PRK) Bukit Gelugor sedikit sebanyak mengundang rasa terkilan dalam kalangan ahli-ahli Umno di kawasan parlimen itu.

Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS, Dr Mohd Hatta Ramli berkata dalam beberapa sesi berkempen ketika ini beliau mendengar rungutan di kalangan petugas BN kerana mereka tidak dapat berkempen dalam PRK kali ini.

Beliau yang sedang menjalankan kempen di Bukit Gelugor berkata, petugas-petugas BN dukacita sebab mereka tidak boleh menyumbang tenaga untuk berkempen sekali gus tidak ada imbuhan buat mereka.

"Umno di sini agak kecewa bila BN tidak bertanding, mereka tidak dapat duit poket, mereka melahirkan rasa terkilan," katanya kepada Harakahdaily.

Malah beliau percaya suasana hambar di Bukit Gelugor kerana BN tidak boleh membawa masuk projek-projek 'mi segera' disebabkan mereka tidak meletakkan calon dalam pilihan raya kecil ini.

Keadaan ini katanya, tidak sama dengan PRK lain apabila BN bertanding maka banyak projek bernilai jutaan runggit dijanjikan untuk memenangi hati pengundi walaupun hakikatnya projek belum tentu dilaksanakan.

Walaupun tidak ada projek mi segera yang selalu dijanjikan oleh BN setiap kali mereka bertanding dalam PRK, tegas Hatta ianya tidak menjejaskan undi untuk PR.

"Kita masih ada kerajaan negeri yang bertanggungjawab bukan hanya untuk PRK tetapi untuk setiap masa, tidak ada masalah BN tidak ada," katanya.

Justeru katanya, apabila BN tidak bertanding suasana bukannya hambar sebagaimana digambarkan sebaliknya suasana lebih aman dan tenang.

"Sekarang saya berada di Pulau Pinang kita berkempen dengan tenang tidak bermewah-mewah dengan poster yang melampau tetapi suasana kempen kita tetap hebat," katanya yang juga Ahli Parlimen Kuala Krai.

Hari ini masuk hari keempat berkempen bagi PRK Bukit Gelugor, suasana berkempen di sana dikatakan hambar kerana tiada sepanduk dan bendera parti bertanding memenuhi jalan raya atau kawasan perumahan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722