Oleh Nur Aslinda Mohd Nasir
KUALA LUMPUR Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli mempertahankan buku terbitannya, ‘Reformasi 2.0: Fakta Kes Anwar Ibrahim: Di Mana Intergriti Mahkamah?’ dan sedia menjawab lanjut persoalan berkaitan penulisannya itu di mahkamah jika didakwa.
Tegas Rafizi, penerbitan buku itu bukan suatu kesalahan kerana apa yang ditulis adalah berdasarkan fakta kes mengikut perbicaraan mahkamah.
“Penulisan buku itu tidak ada yang salah, kerana saya hanya menyatakan fakta kes yang dibentangkan di mahkamah, dan saya tidak kira itu sebagai satu kesalahan, malah saya melihat ia sebagai satu keperluan kerana media massa melaporkan perkara yang langsung tidak berlaku di mahkamah,” katanya.
Beliau membidas laporan media yang cuba memesongkan isu sebenar yang akhirnya memberi persepsi salah kepada umum mengenai Fitnah II ke atas Anwar.
“Ada perbezaan yang nyata bagaimana persepsi rakyat mengenai Anwar dibina dan bagaimana kes itu berjalan di mahkamah, sebab itu saya lihat keperluan untuk perbetulkan balik persepsi yang salah itu untuk membentangkan secara jelas dengan fakta-fakta kes di mahkamah,” katanya.
Oleh sebab itu, beliau antara lain menjelaskan dalam buku tersebut bahawa Saiful Bukhari Azlan, bekas pembantu Anwar yang didakwa kononnya diliwat sebenarnya tidak pernah dibuktikan berada di kondominium pada hari yang didakwa berlaku kejadian iaitu 26 Jun 2008.
Kata Rafizi, rakaman CCTV dijadikan bahan propaganda secara besar-besaran untuk menunjukkan kononnya kedua-dua mereka berada di tempat yang sama.
“Ia memberi gambaran seolah-olah Saiful berada di dalam kondominium sedangkan sepanjang perbicaraan di mahkamah, pendakwa tidak pernah pun membawa hujah untuk membuktikan Saiful berada di dalam kondominium,” kata Rafizi, sambil menjelaskan penerbitan buku ini tercetus ekoran putar belit media Umno.
“Setakat ini saya yakin tidak ada yang salah kecuali menyatakan fakta (yang diputar belit) itu adalah salah,” tegas Rafizi ketika ditemui.
Ahli Parlimen Pandan itu berkata demikian selepas disiasat dua anggota polis selama 30 minit bermula 6.15 petang semalam di Pusat Khidmatnya, Pandan, berhubung penulisan buku tersebut.
Rafizi berkata, pihaknya akan menunggu tindakan selanjutnya berhubung siasatan berkenaan.
“Beberapa soalan yang dikemukakan polis nampak jelas, mereka menyiasat saya mungkin di bawah Akta Hasutan atau Percetakan, dan saya hanya akan menjawab segala persoalan di mahkamah.
“Sama ada siasatan itu dibawa ke atas untuk didakwa atau tidak, kita tunggu,” katanya.
Buku Reformasi 2.0 berharga RM10 boleh diperolehi di www.kempenrakyat.com.