Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Najib akan hadir kenduri kahwin anak Ahmad Said

$
0
0
OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Kain rentang menunjukkan tarikh perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Ahmad Said pada 17 Mei di rumahnya di Kemaman, Terengganu semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 15 Mei, 2014. Kain rentang menunjukkan tarikh perkahwinan anak perempuan Datuk Seri Ahmad Said pada 17 Mei di rumahnya di Kemaman, Terengganu semalam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari. 



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berjanji akan menghadiri majlis kenduri kahwin anak bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said yang dijadualkan pada Sabtu ini.

Najib berkata demikian selepas majlis perasmian penubuhan Kumpulan Usahawan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) dan Seminar Usahawan Automotif di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.

"Saya menghargai tindakan beliau kerana meletakkan kepentingan parti melebihi segala-galanya," katanya.

Ahmad yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kijal, bersama dua lagi pemimpin negeri iaitu Adun Bukit Besi Roslee Daud dan Adun Ajil Ghazali Taib menarik balik surat keluar parti yang dikemukakan mereka pada 13 Mei, sejurus Datuk Ahmad Razif Abd Rahman mengangkat sumpah sebagai menteri besar pada malam 12 Mei.

Ketika sidang media di kediamannya di Kemaman, Terengganu semalam, Ahmad mengakui krisis berkenaan tercetus ekoran salah faham berhubung tarikh perkahwinan anaknya.

Ahmad berkata, perdana menteri menjangkakan majlis itu selesai pada 10 Mei, namun masih terdapat satu lagi majlis pada 17 Mei.

Disebabkan salah faham itu, Ahmad berkata Najib memohon maaf kepadanya, sekaligus menyaksikan beliau turut menarik balik surat keluar Umno yang dikeluarkannya sebelum ini.

Ahmad berkata perkahwinan anak perempuannya itu merupakan maruah bagi dirinya sekaligus menyaksikan beliau mengambil tindakan sedemikian ekoran keengganan Najib menghormati permintaannya.

Berikutan tindakan Ahmad itu, krisis politik yang berlaku di Terengganu kini selesai apabila jumlah kerusi Barisan Nasional (BN) kekal majoriti di dalam DUN.

BN kini memiliki 17 kerusi DUN diikuti PAS 14 kerusi dan PKR 1 kerusi.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722