MALAYSIAKINI
Tindakan undang-undang akan diambil ke atas portal online, The Heat Newsweekly, yang membuat dakwaan berhubung salah laku dalam pelantikan sebuah syarikat penyedia latihan bagi program Pengiktirafan Pembelajaran Terdahulu (RPL) di bawah Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF), kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot.
Menurutnya, dakwaan palsu itu adalah perkara serius dan memberi reputasi yang buruk kepada HRDF dan juga kementerian.
"Saya tidak tahu sama ada ia dibuat secara sengaja atau mereka hanya tidak tahu apa yang diperkatakan. Apa yang ditulis dalam The Heat, 'memanaskan' kami. Namun kami akan 'memanaskan' balik dengan mengambil tindakan undang-undang.
"Saya telah membawa isu ini dalam mesyuarat kabinet pagi ini dan mendapat restu (untuk mengambil tindakan undang-undang) kerana bagi kami 'Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara HRDF dan tiga agensi bagi meningkatkan kemahiran modal insan di bawah program RPL.
Laporan itu memetik satu skandal yang didedahkan oleh seorang pemberi maklumat yang mendakwa wujud salah laku dalam pelantikan sebuah syarikat penyedia latihan dan penyingkiran ketua pegawai eksekutifnya (CEO) kerana membantah pelantikan syarikat itu.
HRDF menguruskan kira-kira RM1 bilion caruman mandatori majikan bagi pembangunan modal insan.
Baru-baru ini, kerajaan mengumumkan peruntukan RM400 juta bagi program meningkatkan kemahiran atau kemahiran semula yang antara lain meliputi RPL dan program Sijil Kemahiran Malaysia (MSC).
Riot berkata kementerian sedia bekerjasama dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat isu itu.
Dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media selepas majlis itu, Riot berkata setakat ini terdapat empat penyedia latihan di bawah HRDF bagi memberi persijilan menggunakan kaedah RPL seperti Jabatan Pembangunan Kemahiran, University of Balarat Australia, Institute of Supply Chain Management of United Kingdom, dan terbaru Gazelle Colleges Group of UK.
Kenyataan itu juga menjelaskan ketua pegawai eksekutif HRDF Ali Badaruddin Abdul Kadir tidak pernah diminta berhenti namun fakta sebenar ialah beliau mendapat arahan berpindah untuk ditempatkan di Jabatan Perkhidmatan Awam berkuatkuasa 10 April tahun ini.
"Orang sering mengatakan kami beri wang kepada Bengkel Niaga Ala-Cina (BENA). BENA hanya ejen Gazelle Colleges Group. The Gazelle Group melantik BENA dan itu perkara sebenarnya," katanya.- Bernama