Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Ahmad Said nafi sengaja lengahkan tarikh perkahwinan anak perempuan

$
0
0
THE MALAYSIAN INSIDER

Sebuah sepanduk memaparkan tarikh perkahwinan anak perempuan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di hadapan rumahnya di Kemaman. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 14 Mei, 2014.Sebuah sepanduk memaparkan tarikh perkahwinan anak perempuan bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said di hadapan rumahnya di Kemaman. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari,  





























Bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said menafikan dakwaan kononnya beliau sengaja melengahkan tarikh perkahwinan anak perempuannya sehingga bulan Mei.

Beliau berkata tarikh perkahwinan anak perempuannya ditetapkan masing-masing pada 10 dan 17 Mei, selepas mendapat perkenan keberangkatan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin.

"Bukan senang nak jemput Sultan (Sultan Mizan) ke majlis. Kena hantar jemputan dua bulan awal. Sultan 'free' pada 10 Mei. Jadi, kita buat pada 10 Mei yang lalu," katanya pada sidang media hari ini di kediamannya di Teluk Kalong, Kemaman, hari ini.

Beliau berkata mengikut adat, selepas majlis rasmi yang mendapat perkenan keberangkatan Sultan Mizan pada 10 Mei lepas, maka majlis perkahwinan di sebelah pihak perempuan akan dibuat seminggu selepas majlis rasmi iaitu pada 17 Mei ini di Teluk Kalong.

"Selepas 17 Mei, majlis di Kuala Lumpur pula pada 31 Mei ini. Bukan sengaja pilih tarikh pada bulan ini," katanya.

Ahmad berkata anak perempuannya turut trauma dengan peletakan jawatan beliau sebagai Menteri Besar Terengganu Isnin lepas.

Ditanya sama ada beliau akan dilantik menjadi Senator selepas peletakan jawatan sebagai menteri besar, beliau berkata: "Tak payah fikir dulu. Selepas ini saya mahu berehat."

Ahmad meletak jawatan sebagai Menteri Besar Terengganu pada 12 Mei lalu, dan berikutan itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman dilantik menjadi menteri besar yang baru dan mengangkat sumpah di hadapan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, Kuala Terengganu.

Ahmad yang kemudiannya mengisytiharkan keluar daripada Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas sebelum ini, bagaimanapun mengumumkan menarik kembali keputusannya itu hari ini. – Bernama, .

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722