Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

RM1.2 juta kompaun dikenakan ke atas syarikat telekomunikasi kerana panggilan terputus, kata SKMM

$
0
0
OLEH MD IZWAN

 

Suruhanjaya Multimedia dan Komunikasi Malaysia (SKMM) mengeluarkan kompaun berjumlah RM1.2 juta ke atas empat syarikat komunikasi tempatan pada 2013 kerana panggilan terputus.

Sebanyak 28 kompaun dikeluarkan kepada Maxis, Celcom, DiGi dan U Mobile selepas SKMM menjalankan Extensive End-Point Service Availability Test (EESAT) pada Suku Ketiga (Jul-Sep) 2013 di seluruh negara.

"Kami melihat aduan mengenai syarikat-syarikat telekomunikasi sebagai sangat serius terutamanya kerana gagal untuk memberikan perkhidmatan yang mereka janjikan kepada pengguna," kata Pengerusi SKMM, Datuk Mohamed Sharil Tarmizi dalam satu kenyataan hari ini.

Kompaun tersebut dikeluarkan kerana syarikat-syarikat telekomunikasi menunjukkan lebih daripada 3% kadar panggilan terputus yang telah ditetapkan dalam Standard Mandatori bagi Kualiti Perkhidmatan.

Siasatan EESAT tersebut dijalankan hasil daripada aduan dan laporan orang ramai, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan media mengenai panggilan terputus awal tahun lepas.

Selain kompaun, SKMM juga mengadakan prtemuan dengan syarikat telekomunikasi dan menggesa mereka memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

"Kami juga telah bertemu dengan CEO syarikat-syarikat telekomunikasi dan meminta mereka untuk mempertingkatkan usaha bagi memperbaiki kualiti perkhidmatan dalam tempoh masa yang tertentu.
"SKMM menyatakan dengan jelas bahawa kami tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap syarikat-syarikat telekomunikasi jika mereka gagal untuk berbuat demikian," kata beliau.

Sharil juga mencadangkan supaya suatu sistem kadaran-bintang (star-rating) diperkenalkan untuk syarikat-syarikat telekomunikasi agar pengguna boleh membuat pilihan bermaklumat mengenai pembekal perkhidmatan yang terbaik untuk mereka.

Daripada RM1.2 juta kompaun dikeluarkan, Celcom Axiata Berhad dikenakan tujuh kompaun berasingan berjumlah RM310,000-00, DiGi Telecommunications Sdn Bhd menerima 11 kompaun berasingan berjumlah RM480,000-00, Maxis Mobile Services Sdn Bhd dikenakan sembilan kompaun berasingan berjumlah RM360,000-00, dan U Mobile Sdn Bhd menerima satu kompaun sebanyak RM50,000-00.

Maxis mencatatkan kadar panggilan terputus yang paling tinggi iaitu 8.16% di Pendang, Kedah.
DiGi pula di kedudukan kedua dan ketiga dengan 8% dan 7.78% kadar panggilan terputus, masing-masing di Laluan Jalan Utama dari Tuaran ke Kudat dan Laluan Jalan  Utama dari Membakut ke Keningau.

Bagaimanapun, bagi suku pertama Suku Pertama (Jan-Mac) 2014 terdapat penurunan sebanyak 33.3% pada Suku Pertama (Jan-Mac) 2014 berbanding dengan Suku Ketiga 2013.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722