Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Apa yang ‘antarabangsa’nya Pesta Buku Antarabangsa KL?

$
0
0


Oleh Nomy Nozwir 


Sepanjang dua minggu lalu, seperti tahun-tahun sebelumnya - Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) menganjurkan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL). Novel saya yang terbaru, Enam Darjah dilancarkan di sana, bersempena dengan pesta buku terbesar di Malaysia itu.

Menurut maklumat yang saya terima, jumlah kehadiran pengunjung ke pesta buku sepanjang dua minggu ini berjumlah 2 juta orang, dengan jumlah tertinggi hadir pada 1 Mei 2014, kira-kira 800,000 pengunjung ke pesta buku pada hari tersebut.

Jumlah kehadiran ini dibuktikan dengan kesesakan teruk di stesen LRT PWTC dan di jalan-jalan menuju ke PWTC.

Turut juga menyesakkan jalan ialah bas-bas sekolah berasrama penuh dan universiti yang menyaksikan ramai golongan muda mula turun ke sini untuk melihat buku terbaru di pasaran.

Adakah ini satu perkara yang baik? Selaku penulis buku, saya merasakan ini perkara yang baik kerana semakin ramai menyedari betapa pentingnya budaya membaca.

Selaku pembaca buku pula, saya merasakan ia sangat mengecewakan - seperti sebelum ini.

Apabila saya ke sana selaku penulis buku - saya merasakan ini cukup bagus kerana sambutan yang menggalakkan di samping buku rakan-rakan saya juga laku habis hingga beberapa kali kena tambah stok.

Tetapi selaku pembaca buku, saya merasakan pesta buku ini terlalu 'one-dimensional'.

Tidak banyak buku dalam bahasa lain, dan tidak banyak buku lain untuk pembaca bukan Melayu.

Apa yang saya perhatikan, kebanyakan buku yang dijual ialah buku agama, buku dan video ustaz berceloteh dan syok sendiri melabon, buku teori konspirasi Yahudi, kemunculan Dajjal, buku politik murahan dan buku cinta tangkap leleh.

Buku genre alternatif cuma ada dua booth - di booth Indieke dan booth Lejen-Fixi.

Jadi, apa yang 'antarabangsa'nya Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, kalau buku yang dijual semuanya untuk pasaran orang Melayu?

Adakah pihak PBAKL lebih berminat untuk menggalakkan orang Melayu membaca, atau mengeluarkan orang Melayu daripada kepompong pembacaan orang Melayu yang biasa?

Apa yang 'antarabangsa'nya kalau antara kaum di Malaysia seperti Cina dan India juga tiada dalam pesta buku ini?

Seolah-olah menunjukkan 'antarabangsa' ini tidak ada kaum dan agama lain yang wujud dalam dunia ini kecuali Melayu dan mereka yang beragama Islam.

Buku bacaan ilmiah sekular yang lain hampir tiada.

Bila lagi hendak jual buku astrofizik seperti tulisan Carl Sagan, Neil Degrasse Tyson dan Stephen Hawking?

Bila lagi hendak jual buku tulisan saintifik atau buku sejarah yang disahihkan oleh masyarakat antarabangsa?

Sampai bila hendak pukul dongeng konspirasi Yahudi dan Illuminati?

Amat menyedihkan bila terdapat ura-ura kerajaan hanya membenarkan penggunaan Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M) untuk pembelian buku akademik.

Persoalan saya ialah, dengan pemberian (BB1M) sebanyak RM250 oleh kerajaan kepada pelajar, buku ilmiah akademik mana yang dijual bawah RM100?

Kecualilah kalau hendak kata buku siri bercakap dengan jin sebagai buku ilmiah - I rest my case.
Lagi satu, mana hendak cari buku ilmiah - kalau buku berunsur ilmiah hampir tiada dalam pesta buku tersebut?

Saya belum cerita lagi The Origins of Species bahasa Melayu lagi.M/Insider

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722