Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

'Wartawan tidak boleh lagi kekal berkecuali'

$
0
0
MALAYSIAKINI
 


Pengamal media semakin mula menyedari bahawa mereka tidak boleh kekal berkecuali dalam persekitaran media yang sentiasa berubah.

Wartawan penyiasatan terkemuka, Mark Lee Hunter, pengarang dan pengarang bersama kira-kira 200 laporan penyiasatan, berkata keadaan ini adalah benar dalam kewartawanan penyiasatan.

"Orang ramai faham bahawa laporan penyiasatan adalah tentang mengubah sesuatu. Anda mahu menjadi jujur ​​tentang fakta, kita tidak mereka fakta untuk melakukan perubahan itu.

"Tetapi kita akan menggunakan fakta-fakta untuk mengatakan apa yang mesti berubah - ini bukalah sesuatu yang baru, tetapi ianya baru dalam konteks ini kerana selama setengah abad, wartawan diberitahu bahawa mereka tidak harus melakukan ini," katanya dalam forum bertajuk 'Memperkukuhkan Demokrasi melalui Kewartanan Penyiasatan' di Kuala Lumpur hari ini.

Menurutnya, ini semakin berkembang di kalangan NGO yang telah menubuhkan unit-unit media mereka untuk menjalankan siasatan sendiri seperti pergerakan Greenpeace ketika pihak media sudah hilang selera terhadap laporan seumpama itu.

Hunter, yang juga pengasas Global Investigative Journalism Network, menegaskan bahawa pada masa yang sama, media tradisional, walaupun mendukung objektif, tetapi hampir tidak dipercayai orang ramai.

Sebagai contoh, katanya, di Amerika Syarikat, hanya kira-kira 25 peratus populasinya menganggap media objektif.

"Jika kita tidak boleh objektif, maka bagaimana kita mahu orang ramai percaya kepada kami? Kita mesti telus," kata Hunter, yang juga profesor adjung dan felo kanan penyelidikan di institusi pengajian terkemuka, Insead, Perancis.

Menurutnya, pembaca dan penonton tidak lagi hanya mahu dimaklumkan tetapi juga mahu menjadi sebahagian daripada penyelesaiannya, oleh itu media harus jujur mengenai niatnya untuk membimbing orang ramai.

Menyokong pandangan tersebut, Zaharom Nain, profesor kajian
komunikasi di Universiti Nottingham, berkata tanggapan lama megenai sikap berkecuali dalam kewartawanan mempunyai kecacatannya.

Menurutnya, wartawan perlu mempunyai komitmen untuk menggunakan ruang yang terhad untuk melaporkan perkara-perkara yang melampaui versi rasmi.

"Tanggapan kita perlu neutral apabila kita hidup dalam dunia yang tidak neutral dan negara bukan neutral - Saya rasa perlu ada usaha untuk bertindak balas dan bukan hanya duduk atas pagar," kata Zaharom .

Begitu juga, katanya, pemikiran baru ini perlu digunapakai oleh para pendidik.

Zaharom mengeluh dengan sifat feudal dalam sistem pendidikan negara yang telah mewujudkan satu generasi pelajar yang keberatan untuk mempersoal pihak berkuasa, satu aspek penting untuk kewartawanan penyiasatan .

Penolong profesor pengajian media dan komunikasi Universiti Nottingham, Tessa Houghton, menjadi moderator forum tersebut. Ahli Panel lain termasuk Pengarah SEAPA, V Gayathry dan Pengarang Kumpulan Malaysiakini, Steven Gan.

Forum itu berlangsung di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur-Selangor anjuran Universiti Nottingham bersama dengan portal berita Malaysiakini dan SEAPA.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722