Azuan Ab Rahman
KUALA LUMPUR : Hong Leong Bank (HLB) berbohong apabila menyatakan bahwa institusi kewangan itu mematuhi undang-undang dalam proses pemecatan 27 kakitangannya.
Kesatuan Pekerja Bank Kebangsaan (NUBE) dalam satu kenyataan berkata, HLB melanggar perjanjian kolektif yang memperuntukkan bahawa bonus tahunan kakitangan perlu dibayar pada 15 Disember.
Menurut NUBE, 27 pekerja yang diberhentikan sejak 18 Disember lalu tidak dibayar bonus tahunan walaupun mekera layak menerimanya.
“Ini mempamerkan keangkuhan, pembohongan serta tidak menghormati golongan pekerja, undang-undang dan budaya masyarakat negara ini.
“Walaupun rayuan dibuat pekerja serta representasi oleh Nube, hak pekerja terang-terangan diabaikan, termasuk diganggu secara berterusan sebelum akhirnya dipecat,” kenyataan Nube dipetik.
Nube telah mengadakan piket lebih 50 jam di hadapan ibu pejabat bank itu di Jalan Perak dan akan terus berbuat demikian 10 jam setiap hari sehingga perkara itu selesai.
Sementara itu, Biro Penerangan Angkatan Muda KEADILAN Johor, Mohd Faizal Yusak berkata, ada pekerja yang ditahan gaji dan tidak dibenarkan masuk ke ruang kerja.
Dipercayai HLB bertindak demikian berikutan kes ‘pengehaban dan penempatan semula’ yang dibantah pekerja institusi itu masih dibicarakan di Mahkamah Perusahaan.
“Tidakkah hak pekerja ini patut dibela oleh Kementerian Sumber Manusia? Aduan, memorandum dan bantahan telah dibuat. Tapi mengapa KSM membisu? soalnya.
Faizal pada 13 Disember lalu mendedahkan, 45 pekerja HLB diarah berpindah ke beberapa buah cawangan di negeri berlainan dalam operasi pengehaban dan penempatan semula tanpa rundingan.
Menurutnya, pertemuan bersama Jabatan Perhubungan Perusahaan (JPP) Kementerian Sumber Manusia 19 November mengekalkan status quo sementara kes dirujuk ke Mahkamah Perusahaan.