"For all intents and purposes, dan kita tidak perlu menipu diri sendiri, kerajaan hari ini dilihat sebagai sebuah kerajaan Melayu.
"Maka apa sahaja tentangan terhadapnya, disamakan sebagai penentangan terhadap bangsa Melayu. Ianya tidak betul, tapi itulah hakikatnya," tulisnya.
Tetapi, tanya beliau apa jadi jika semua penduduk negara ini Melayu dan bagaimana mengkategorikan tentangan terhadap kerajaan sama ada durhaka atau pembelot
"Adakah atas nama bangsa, kita akan lupakan sahaja salah guna kuasa, penindasan, incompetence, rompakan khazanah negara, pemiskinan rakyat majoriti?" soal beliau.
Menurutnya lagi, yang menindas ialah Melayu, yang kena tindas, baki yang majoriti semuanya Melayu.
"Dalam keadaan ini, soalan yang releven ialah kita berdiri di pihak mana? Di pihak penindas atau yang kena tindas?" tanya beliau lagi.