Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Keputusan bicara aktivis sertai Black505 Padang Merbok 11 Jun

$
0
0

KEADILAN DAILY

Black 505 Pdg Merbok 


KUALA LUMPUR: Keputusan perbicaraan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA) terhadap Adam Adli dan lima yang lain ditangguh ke 11 Jun depan.

Hakim Mahkamah Sesyen, Mat Ghani Abdullah menetapkan tarikh tersebut bagi memberi laluan sementara menunggu keputusan permohonan menggugurkan kes tersebut di Mahkamah Tinggi.

Pada 24 Julai Adam Adli, Safwan Anang, Ekhsan Bukharee, Bukhairi Sufian, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Khairul Anuar Ahmad Zainudin didakwa dibawah Seksyen 4(2)(b) Akta Perhimpunan Aman kerana berhimpun di tempat larangan.

Mereka didakwa berhimpun berhampiran Masjid Ar-Rahman, Universiti Malaya sebelum berarak ke Padang Merbok untuk menyertai himpunan Black505 pada 22 Jun 2013.

Kesemua mereka memfailkan rayuan bagi mengenepikan kes di hadapan Hakim Amelia Tee yang akan diputuskan pada 26 Mei.

Sementara itu Shamsul Iskandar, ahli parlimen Bukit Katil MP yang diwakili Yusmadi Yusoff akan memfailkan permohonan mengenepikan kes tersebut pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian, manakala pengurusan kes ditetapkan pada 23 Mei.

Peguam Eric Paulsen dalam kenyataan segera seperti dilapor FZ.com berhujah bahawa halangan berkumpul di rumah ibadat bertentangan dengan Artikel 10 Perlembagaan persekutuan yang menjamin hak berekspresi dan berhimpun.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722