ANTARAPOS

SHAH ALAM: Pendaftar Pertubuhan (RoS) hari ini mengesahkan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP yang diadakan 12 November tahun lalu, sebagai tiada masalah.
Perkata itu diberitahu Setiausaha Organisasi DAP Anthony Loke petang tadi.
“Dengan surat ini, saya boleh kami masalah kita dengan ROS sepanjang lima tahun ini akhirnya selesai,” katanya dalam sidang media hari ini.
DAP sebelum ini terpaksa mengadakan dua kali pemilihan selepas RoS membatalkan pemilihan CEC parti itu.
Pemilihan DAP pada 15 Disember 2012 dianggap terbatal selepas berlaku kesilapan teknikal.
Parti itu kemudiannya mengadakan pemilihan semula pada 29 September 2013, namun ia mencetuskan kontroversi apabila perwakilan mendakwa berlaku kepincangan.
Pada 7 Julai 2017, Ketua Pengarah RoS, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata pemilihan yang baru perlu memandangkan pelantikan yang dibuat terdahulu adalah tidak sah.
Keputusan pemilihan terbaru CEC DAP itu menyaksikan tiada perubahan besar dalam barisan kepimpinan parti itu.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang mengungguli pemilihan semula itu apabila mendapat 1,199 undi.
Beliau diikuti rapat oleh Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, yang mendapat 1,198 undi serta anaknya sendiri, Setiausaha Agung parti Lim Guan Eng, yang mendapat 1,180 undi.
Berikut undian yang diperolehi oleh individu yang diundi masuk ke badan pembuat keputusan tersebut, dengan jumlah undi sah sebanyak 1,310.
1. Lim Kit Siang - 1,199 undi
2. Gobind Singh Deo - 1,198 undi
3. Lim Guan Eng - 1,180 undi
4. Anthony Loke - 1,175 undi
5. Liew Chin Tong - 1,123 undi
6. Teo Nie Ching - 1,080 undi
7. Chong Chieng Jen - 1,057 undi
8. Teresa Kok - 1,033 undi
9. Tan Kok Wai - 1,021 undi
10. Tony Pua - 1,020 undi
11. Nga Kor Ming - 967 undi
12. Fong Kui Lun - 949 undi
13. Chow Kon Yeow - 900 undi
14. M. Kulasegaran - 826 undi
15. Chong Eng - 734 undi
16. Teng Chang Khim - 702 undi
17. Ronnie Liew - 688 undi
18. Ngeh Koo Ham - 659 undi
19. Zairil Khir Johari - 649 undi
20. V. Sivakumar - 586 undi