Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Alumni: Seminar di UiTM cemar reputasi kampus

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Penganjur seminar kontroversi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) pada Isnin lalu didakwa mencemarkan reputasi institusi yang membantu memberi pendidikan kepada golongan Melayu kurang bernasib baik sejak 1956.

Alumni UiTM Dyana Sofya berkata seminar yang membenarkan sarjana Muslim Indonesia "memomokkan" agama Kristian depan pelajar dianggap anti-perpaduan dan tidak mengambilkira perasaan pelajar dan kakitangan Kristian di kampus itu.

"Saya amat kecewa dengan pendekatan yang diambil oleh UiTM berkenaan perkara ini. Sekiranya benar ingin meningkatkan kefahaman dan menguatkan akidah umat Islam, caranya sudah pasti bukan dengan memomokkan agama lain.

"Saya juga amat kesal kerana UiTM tidak mempertimbangkan perasaan mahasiswa, tenaga pengajar dan juga staf beragama Kristian yang berkhidmat di UiTM.

"Apakah perasaan mereka melihat universiti tempat mereka menuntut ilmu dan mencari sumber rezeki memburukkan agama mereka?" katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau yang juga setiausaha politik MP Gelang Patah bagaimanapun mencadangkan supaya diadakan program yang lebih baik seperti seminar perbandingan agama yang memberi manfaat kepada mahasiswa dan masyarakat.

"UiTM sepatutnya menganjurkan inter-faith seminar yang menekankan prinsip-prinsip asas yang dikongsi bersama oleh semua agama menunjukkan bahawa perbezaan antara kita adalah cetek dan persamaan kita lebih mendalam, meningkatkan kefahaman antara agama dan seterusnya mewujudkan perpaduan yang lebih utuh.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722