Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Muslimat demo: Tarik balik atau tindakan undang-undang

$
0
0

ANIS NAZRI


KUALA LUMPUR: Setiausaha Ulama Muda Umno (Ilmu), Mohd Radzi Othman digesa menarik balik kenyataan beliau berkenaan muslimat yang turun berdemonstrasi seperti pelacur atau berdepan dengan tindakan undang-undang.

Ketua Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof, berkata Dewan Muslimat PAS Pusat tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Radzi jika beliau enggan berbuat demikian, selain memohon maaf kepada semua wanita yang hadir ke demonstrasi tersebut.

"Jika beliau enggan menarik balik kenyataan biadapnya itu dan memohon maaf, Dewan Muslimat PAS Pusat tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undang ke atasnya," tegas Siti Zailah, hari ini.

Siti Zailah turut menegaskan pemimpin pelapis seperti Radzi ini akan lebih merosakkan agama dan masa depan negara kerana kenyataan sedemikian akan menyebbkan negara berdepan dengan kehancuran.

Ucapan tersebut, tambah Siti Zailah adalah satu ucapan yang kotor dan tidak bermaruah bagi seseorang yang sepatutnya menonjolkan akhlak yang baik sebagai seorang yang bersandarkan 'title' beragama dan berilmu.

""Menyamakan muslimat bertudung labuh dengan pelacur kelas atasan satu ucapan yang kotor dan tidak bermaruah. Sepatutnya sebagai individu yang bersandarkan 'title' agama  dan orang berilmu, dia perlu menonjolkan akhlak mulia.

"Apabila beliau menuduh muslimat yang membantah cukai GST yang akan dikenakan kepada semua rakyat sebagai pelacur atasan, sangat rendah akhlaknya. Apatah lagi yang menggelarkan diri sebagai ulama Umno," tegas beliau lagi.

Sedangkan, kata Siti Zailah semua muslimat yang turun pada hari tersebut bertujuan membela nasib rakyat yang tertindas, golongan miskin yang berdepan dengan kos hidup yang tinggi serta pelbagai kelompok masyarakat yang tiada pembelaan.

Sebelum ini, Radzi melalui laman mikro twitnya menyamakan muslimat bertudung labuh yang turun ke Himpunan Bantah GST 1 Mei lalu sebagai pelacur kelas atasan.

Dalam beberapa entri tulisannya pada 2 Mei lalu, Radzi antara lain menulis 'lelaki yang menyokong muslimah tudung labuh untuk keluar demonstrasi ibarat para pelanggan pelacur yang ghairah untuk merasai pelacur-pelacur yang akan dilanggannya'.

Beliau juga menulis, "Muslimah tudung labuh yang kali demonstrasi adalah setaraf dengan para pelacur golongan atasan. Nak saya samakan para muslimah kaki demo ini dengan martabat Ummul Mukminin? Jangan harap!"

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722