Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Lepas PRU13, 'reformis' Najib hilang kawalan

$
0
0
MALAYSIAKINI



 
 
 
Presiden Amerika Syarikat Barack Obama sewaktu mengunjungi Malaysia bulan lalu, menyifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai "reformis banyak kerja".

Kenyataan itu muncul di ambang negara menyambut ulang tahun pertama pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

Kita mungkin tertanya-tanya, apakah Najib masih dianggap reformis, pasca PRU13? Adakah beliau menyelesaikan apa yang dimulakannya?

Sejauh mana rancangan dan polisi beliau merencana masa depan Malaysia? Atau, adakah Najib tersasar dari landasannya?

Najib mengumumkan rancangan rekonsiliasi nasional sehari selepas pilihan raya umum pada 5 Mei.

Bagaimanapun, setahun berlalu, perkara ini masih belum menampakkan hasilnya.

Dengan perkembangan terkini - di mana Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didapati bersalah dalam kes liwat II - terdapat kesangsian mengenai peluang kedua-dua pihak bekerjasama mengenai perpaduan nasional, yang dilihat semakin tipis.

"Rancangan rekonsiliasi Najib, satu pembohongan.

"Pemimpin yang bercakap tentang rekonsiliasi menghantar pemimpin pembangkang ke penjara... Apa jenis rekonsiliasi ini?" kata penganalisis politik Phoon Wing Keong (kiri).

Sesungguhnya janji liberalisasi dan transformasi Najib yang dibuat pada peringkat awal peralihan jawatan beliau berikutan peletakan jawatan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas PRU-12 hampir tidak kedengaran lagi.

Walaupun Najib menekankan kesederhanaan dan gagasan 1Malaysia pada penggal pertama jawatannya, beliau mengundur ke belakang selepas PRU-13 dan memperjuang agenda bumiputera untuk memulihkan sokongan orang Melayu.

"Berbanding dengan dua pilihan raya lepas, PRU-12 memberi kesan positif kepada BN.

“Dengan Najib mengambil cabaran mendemokrasikan negara ini dengan rancangan transformasi dan liberalisasi, beliau berharap untuk mendapatkan semula sokongan masyarakat berbilang kaum," kata pengulas Tang Ah Chai.

"Bagaimanapun, PRU-13 memberi kesan negatif kepada BN, dengan Umno selepas kembali memperjuangkan bangsa," kata Tang.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722