Siri untuk merayakan ulang tahun pilihan raya yang paling panas dalam ingatan, The Malaysian Insider menilai ahli Parlimen pertama kali yang berjaya menyerlah.
Ramai bintang meningkat naik daripada kedua-dua belah pihak di kalangan ahli Parlimen pertama kali selepas mereka berjaya menyerlah kerana memperjuangkan ketelusan, kecekapan dan tadbir urus yang baik. The Malaysian Insider menyenaraikan rekod ahli baru Parlimen ini:
Rafizi Ramli
Ahli Parlimen Pandan dan pakar strategi PKR mula mendapat sorotan apabila mendedahkan skandal National Feedlot Corporation bernilai RM250 juta sehingga menyebabkan peletakan jawatan seorang menteri Umno.
Dalam Parlimen, Rafizi sangat lantang dalam beberapa isu, mengajak ahli memberikan fokus berbanding berbincang secara umum sahaja.
Antara pencapaian ketara beliau adalah menghentikan rancangan Putrajaya untuk mengenakan jangka hayat 12 tahun ke atas kereta, yang beliau dan rakan-rakan PKR, termasuk Sim Tze Tzin, menuduh bahawa ia adalah cara kerajaan untuk mengumpul lebih pendapatan melalui cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang akan bermula pada April 2015.
Beliau kini terlibat dalam mendedahkan penyalahgunaan geran persekutuan bernilai RM100 untuk penyelidikan dan pembangunan (R&D) kepada syarikat yang didakwa digemari oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
Sim Tze Tzin
Ahli Parlimen PKR dari Bayan Baru (gambar) dan bekas Ahli Dewan Undangan Pantai Jerejak memenangi kekaguman media yang membuat liputan di Parlimen apabila beliau memperkenalkan dirinya kepada setiap petugas media dan memasukkan mereka dalam kumpulan Whatsapp untuk memastikan mereka mengikuti perkembangan terkini.
Seorang jurutera pengangkutan dan Sarjana Pengangkutan dari San Jose University California, subjek kegemaran Sim di Dewan Rakyat secara semulajadi adalah pengangkutan awam, perumahan, tadbir urus dan kerajaan tempatan, yang ditimbulkannya dengan cara bersungguh-sungguh, namun sopan.
Dr Ong Kian Ming
Ahli Parlimen Serdang dari DAP adalah seorang ahli akademik yang kini menjadi ahli politik yang kuat memperjuangkan tiga isu - pendidikan, reformasi pilihan raya dan tenaga yang boleh diperbaharui.
Mengenai isu pendidikan, Ong mengkritik Putrajaya tentang sistem penilaian pelajar, upah RM20 juta untuk perunding Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan standard pendidikan yang merosot seperti yang dibuktikan oleh kedudukan negara yang menjunam dalam ujian penilaian antarabangsa.
Pada reformasi pilihan raya, Ong adalah penyokong kuat sistem "satu orang satu undi" dan menggesa sebuah jawatankuasa bebas untuk mengendali dan merangka sempadan semula kawasan pilihan raya pada yang akan datang.
Dia juga menggesa peletakan jawatan menteri yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Parlimen, Datuk Seri Shahidan Kassim, kerana mencadangkan bahawa mengundi harus mengikut garisan kaum dan berkata cadangan itu serupa dengan "pilihan raya apartheid".
Mengenai tenaga boleh diperbaharui, Ong secara konsisten mempersoalkan Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Mampan (Seda) skim tarif tenaga boleh diperbaharui, yang terbaru keperluan untuk meningkatkan bayaran tambahan sebanyak 0.6 % setahun tenaga boleh diperbaharui apabila Seda hanya berjaya memenuhi 56% daripada kuotanya.
Mohamed Hanipa Maidin
Peguam Hanipa, ahli Parlimen PAS dari Sepang, bersuara mengenai perkara undang-undang yang berkaitan, seperti pindaan kepada Akta Pencegahan Jenayah (PCA) yang membenarkan penahanan pencegahan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah Khas).
Beliau juga mempunyai kepentingan khas dalam isu-isu pendidikan, dan meletakkan Putrajaya dalam defensif apabila mempersoalkan sama ada Kementerian Pendidikan berada dalam penafian ke atas prestasi pelajar Malaysia dalam ujian penilaian antarabangsa.
Seperti rakan-rakan pembangkang, beliau tercampak keluar daripada Parlimen beberapa kali, dan pada bulan Oktober tahun lepas, beliau nyaris melarikan diri daripada dirujukkan kepada Jawatankuasa Hak dan kebebasan Parlimen apabila mengatakan Datuk Seri Najib Razak adalah anti-Cina.
Penarikan balik dan permohonan maaf beliau diterima oleh Speaker.
Datuk Ahmad Fauzi Zahari
Ahli Parlimen BN (gambar) dari Setiawangsa disorot apabila membantah Rancangan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur untuk menaikkan cukai taksiran hartanah, sesuatu yang jarang dilakukan oleh ahli Parlimen BN.
Ini berikutan para pengundinya terkesan oleh cadangan untuk meningkatkan penilaian antara 100% dan 1,000%, langkah yang dibantah oleh penghuni bandar dan ahli Parlimen pembangkang.
Dalam bantahan tegas terhadap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur itu, Ahmad Fauzi berkata pihak berkuasa sepatutnya berunding dengan rakyat sebelum membuat apa-apa keputusan mendadak.
Beliau juga menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya mempertimbangkan semula cadangan untuk memperkenalkan proses pengundian yang lebih pendek.
Datuk Irmohizam Ibrahim
Ahli Parlimen BN Kuala Selangor ini sebelum ini tidak dikenali, namun berjaya mengalahkan ahli Parlimen dari PAS, Dr Dzulkifly Ahmad dalam pilihan raya umum tahun lepas.
Sebagai pemegang amanah organisasi belia IM4U, bekas pensyarah undang-undang berusia 38 tahun ini digambarkan sebagai teliti dan memberi keyakinan kepada pembangkang untuk tidak menolak hujah tanpa menghebohkan dewan.
Topik perdebatan beliau termasuk belia, undang-undang dan pertanian.
Datuk Johari Abdul Ghani
Ahli Parlimen BN dari Titiwangsa yang bekerjasama dengan rakan partinya dari Setiawangsa untuk menentang kenaikan kadar penilaian kontroversi Dewan Bandaraya Kuala Lumpur awal tahun ini.
Beliau juga bercakap menentang langkah Putrajaya dalam mengurangkan subsidi, dengan alasan bahawa ia akan melanjutkan beban penduduk bandar yang sudah menghadapi kos yang semakin meningkat dan kenaikan harga barang-barang dan perkhidmatan.
Johari, yang merupakan pengerusi Perbadanan Pembangunan Bandar (UDA ), juga menekankan kekurangan perumahan yang mampu dimiliki di Kuala Lumpur untuk golongan berpendapatan rendah dan sederhana dan menyuarakan kebimbangan beliau terhadap kenaikan mendadak harga hartanah