Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

MTUC mahu swasta bersara 60, gaji minimum RM900

$
0
0

BERNAMA 


PETALING JAYA: Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) meminta Jabatan Tenaga Kerja supaya menguatkuasakan umur persaraan 60 tahun bagi pekerja sektor swasta yang dikuat kuasakan 1 Julai tahun lepas.
  
Timbalan Setiausaha agungnya, A. Balasubramaniam berkata kongres itu menerima aduan berhubung banyak syarikat yang tidak mematuhi peraturan baharu itu.
  
"Kami dimaklumkan syarikat-syarikat yang mengingkari peraturan itu masih menggunakan fasal lama umur persaraan 55 tahun dalam kontrak bagi pekerja-pekerja baharu," katanya kepada Bernama.
  
Balasubramaniam berkata Jabatan Tenaga Kerja perlu menggunakan Seksyen 65 Ordinan Pekerjaan 1955 bagi memeriksa syarikat-syarikat ini.
  
Berhubung isu gaji minimum, Balasubramanian berkata perkara ini juga tidak dilaksanakan sepenuhnya kerana masih ada ribuan pekerja yang tidak dibayar dengan gaji minimum RM900 sebulan di semenanjung dan RM800 bagi Sabah dan Sarawak.
  
Beliau mengulangi tawaran MTUC bagi menempatkan para pegawainya di pejabat-pejabat wilayah untuk membantu Jabatan Tenaga Kerja memastikan dasar itu dilaksanakan sepenuhnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722