Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kimberly Motley perlu faham dan hormat undang-undang Malaysia

$
0
0
ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menggesa Peguam hak asasi manusia, Kimberley Motley untuk memahami dan menghormati undang-undang Malaysia sebelum membuat desakan pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
Kata Irmohizam, desakan Motley atas nama perjuangan hak asasi dan keadilan kerana Anwar adalah tahanan politik adalah satu pandangan yang sempit.
 
Katanya, jelas sekali pandangan Motley kononnya demi keadilan hak asasi dan hubungan antarabangsa itu membuktikan beliau tidak memahami dan menghormati undang-undang negara ini.
 
"Jelas sekali pandangan Motley hanya bertumpu soal hak asasi sedangkan sistem undang-undang di Malaysia adalah lebih telus dan jelas.
 
"Persoalannya, adakah Motley adalah peguam rasmi yang dilantik oleh Anwar atau pihak keluarganya," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
 
Tun Dr Mahathir Mohamad bersama Motley dalam satu kenyataan bersama menyatakan Anwar sebagai tahanan politik dan perlu dibebaskan segera.
 
Semalam, Naib Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairul Azwan Harun menyifatkan tindakan Motley itu bererti dia mempertikai dan menghina pemimpin serta institusi perundangan negara ini.
 
Irmohizam berkata, Motley perlu mempertimbangkan perasaan mangsa yang diliwat jika Anwar dibebaskan hanya sebab tanggapan penahanan politik.
 
"Sudah tentu keputusan itu langsung tidak akan mengimbangi keadilan.
 
"Mengapa perlu kita meyakini orang asing sedangkan Malaysia berdiri teguh dan diperakui dunia sejak kita merdeka lagi sebagai negara berdaulat," katanya.
 
 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722