Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

PAS Kelantan tidak akan mampu laksana hudud - Nakhaie

$
0
0
Oleh Wan Anis Ilyani Wan M. Azhar
 
Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR : PAS tidak akan mampu melaksanakan Enakmen Jenayah Syariah II di Kelantan walaupun Barisan Nasional sedia memudahkan urusan kerajaan negeri itu, demikian menurut bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad.
 
Malah katanya, kesungguhan PAS Kelantan untuk melaksanakan hukum itu terus dipertikai memandangkan prasarana hudud tidak menyeluruh, termasuklah dari segi penggubalan akta dan enakmen, hakim dan peguam serta cara pelaksanaannya kelak.
 
"Saya sikit pun tak yakin PAS boleh melaksanakan hudud walaupun kerajaan pusat beri laluan mudah. PAS takut dengan lampu hijau oleh PM. Apabila diberi laluan sebegitu, mereka terpaksa bekerja dan kena buktikan.
 
"Saya tak yakin PAS menyambutnya. Pada mereka yang penting adalah memusuhi Umno. Maka ia tak akan kemana. Kalau mereka sambut, beban melaksanakannya akan jatuh kepada mereka. Beban menyiapkan prasarana, peraturan, akta dan melatih hakim-hakim, semuanya akan menjadi beban kepada PAS. Umno mudah, beri laluan. PAS nak ulama, Umno boleh bagi," katanya kepada Antarapos, baru-baru ini.
 
Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakub sebelum ini berkata, Kelantan tetap akan membawa rang undang-undang persendirian ke Dewan Rakyat bagi membolehkan hudud dilaksanakan di negeri itu.
 
Hasrat PAS itu berdepan laluan sukar apabila rakan kompenannya DAP dan PKR tidak menyokong pelaksanaan hukum itu.
 
Bukan hanya rakan kompenan Pakatan Rakyat, malah tindak tanduk PAS Kelantan gagal menanam kepercayaan di kalangan pemerhati politik bersabit keupayaan mereka melaksanakan agendanya itu.
 
"PAS mempermainkan hukum hudud apabila mereka lebih banyak mengumpul tukang sorak untuk menyokong hukuman itu. Jika nak melaksanakan secara betul, mereka kena kumpul pakar-pakar intelektual, ulamak seluruh dunia untuk berbincang dan mernagka satu sistem jenayah islam yang lengkap. Tapi mereka tak buat. Yang mereka berjaya buat adalah tukang sorak dan pengikut fanatik dan kata Umno menentang. Sampai bila pun tak jadi," ujar Nakhaie.
 
Antarapos turut mendapatkan penjelasan daripada Nakhaie mengenai hukuman hudud memandangkan beberapa negara Islam yang lain turut mengamalkannya, namun dalam masa yang sama ditentang kerana disifatkan sebagai 'zalim'.
 
"Sekiranya kita melaksanakan hudud secara adil sebagaimana dikehendaki Islam, ia merupakan satu hukuman yang dapat membendung gejala sosial dan berkaitan jenayah. Namun persoalan yang dihadapi masyarakat Islam sekarang ialah bagaimana nak melaksanakannya sebab ternyata di dalam perlaksanaan hudud di negara-negara luar terbukti tidak selari dengan yang dikehendaki Islam. Malah dijadikan alat kepada kezaliman.
 
"Malaysia akan menjadi negara-negara tersebut jika pendekatan hukuman hudud itu mengikut cara PAS. Kerana dilakukan secara tergesa-gesa, tidak ada persiapan prasarana, tiada hakim-hakim terlatih dan berwibawa, sudah tentu akan berlaku kezaliman. Undang-undang yang adil tetapi tidak ditadbir secara tidak sempurna dan diadili hakim yang zalim, hukuman itu akan jadi zalim," ujarnya.
 
PAS sebelum ini mengadakan sesi penerangan kepada PKR dan DAP berhubung pelaksanaan hukuman hudud di Kelantan selama dua jam di ibu pejabat parti itu di Jalan Raja Laut.
 
Wakil-wakil dari PKR yang hadir ke perjumpaan itu adalah Naib Presiden; Tian Chua dan R. Sivarasa, manakala DAP pula diwakili oleh Naib Pengerusi, Teresa Kok; Timbalan Setiausaha Agung, Ngeh Koo Ham; Pengarah Pendidikan Politik, Liew Chin Tong dan Penolong Setiausaha Publisiti, Zairil Khir Johari.
 
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Amar Nik Abdullah ketika ditemui media sebaik selesai sesi penerangan itu memberitahu respon PKR dan DAP adalah memuaskan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722