Oleh
Tajuk buku PERGI MAMPUSLAH UMNO dianggap sebagai ganas dan tidak seharusnya datang dari seorang yang sepatutnya berterima kasih kepada UMNO kerana pernah menjadi menteri menerusi UMNO. Inilah sikap orang yang tidak tahu mengenang budi.
Inilah pandangan terhadap saya dari penyokong UMNO yang tidak mempunyai kejatian diri, tidak menghayati dan memahami sejarah UMNO untuk membolehkan mereka merasa dan melihat betapa UMNO telah tersesat dari jalan kebenarannya.
Saya dapat merasakannya kerana saya mengenali UMNO dari sejak era kepimpinan presidennya yang pertama Datuk Onn Jaafar hingga sekarang, mengikuti dan mendekati mereka sebagai wartawan tetapi saya tidak pernah melihat dan merasa kehilangan keyakinan rakyat terhadap kepimpinan mereka seperti yang berlaku di era Abdullah Badawi dan Najib Tun Abdul Razak.
Dalam keadaan UMNO berada pada nafasnya yang terakhir pada pilihanraya 1990, saya boleh mendakwa telah menyelamatkan UMNO bila Tengku Razaleigh berkonspirasi dengan PBS untuk menggulingkan kerajaan BN pada Piliharaya Umum. BN dan khsususnya UMNO sudah terkapar-kapar kerana semua benteng pertahanannya telah runtuh dua hari menjelang pilihanraya itu.
Ditakdirkan Allah pada malam 18 Oktober 1990, ketika mesyuarat Jawatankuasa Perang Sarap Pilihanraya BN di rumah Wan Ismail Wan Mahmood (bapa mertua Anwar Ibrahim) di Jalan Maarof, saya ternampak di kaca TV RTM Tengku Razaleigh memakai tengkolok berlambang salib dalam sidang akhbar bersama Presiden PBS Joseph Pairin Kitingan di Sabah.
Saya mengexploitasi gambar ini sepenuhnya dengan menjadikannya sebagai sisipan kepada Utusan Malaysia keluaran 19 Oktober yang diedarkan sebanyak lebih 250,000 naskah keseluruh negara. Di bawah gambar itu tertulis "Oh Tuhan Jesus Christ selamatkan 46 Amin"
Gambar ini sangat berkesan seperti berkesannya video Kelantan Dalam Gerhana semasa saya menjadi Timbalan Menteri Penerangan yang hampir menjatuhkan kerajaan Pas Kelantan. MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz mengecap saya sebagai budak celaka.
Apabila saya disingkirkan dari jawatan Ketua Pengarang Utusan Melayu kerana dianggap menderhaka kepada Mahathir, saya tidak merasa sedih atau marah kerana saya rasa telah menjalankan tanggungjawab saya mengikut kepercayaan saya atas prinsip profesionalisme.
Apabila Mahathir melantik saya sebagai Senator mungkin kerana menyedari kebenaran pendirian saya menganggap Anwar Ibrahim sebagai anasir asing yang menyusup ke dalam UMNO, Pengerusi Utusan Melayu, Tan Sr Khalid Abdullah menyatakan "Zam, Mahathir tak terhutang apa2 lagi pada you". Saya faham.
Kebimbangan saya dengan kehadiran Anwar ialah mengancam masa depan Najib dalam UMNO.
Najib pernah memanggil saya ke pejabatnya ketika dia menjadi menteri pertahanan apabila mengetahui saya akan disingkirkan dan memberitahu "Zam you pergilah jumpa Mahatir" dan saya bertaya "mengapa harus saya berjumpa dengannya."
Najib pernah memanggil saya ke pejabatnya ketika dia menjadi menteri pertahanan apabila mengetahui saya akan disingkirkan dan memberitahu "Zam you pergilah jumpa Mahatir" dan saya bertaya "mengapa harus saya berjumpa dengannya."
Saya sempat berada bersama Najib di bawah pimpinan Abdullah Badawi tetapi saya kecewa kerana apabila beliau mengambil alih dari Abdullah Badawi beliau mahu mengambil hati rakyat terutama orang Cina dengan menunjukkan liberalisme yang lebih hebat dari Abdullah. Beliau seolah-olah tidak memahami sejarah keharmonian dan kestabilan Malaysia kerana kebebasan yang terbatas.
Beliau dengan bangga menghapuskan ISA yang menerima tentangan dari dalam UMNO sendiri dan dari sini bermula berbagai dasar dan sikap flip-flop. Menyedari kelemahan ini pembangkang mengexsploitasi sepenuhnya menyebabkan maruah kepimpinannya terhakis hari demi hari.Yang terakhir tertipu dengan projek menggulingkan kerajaan negeri Selangor yang gagal walapun menteri -menteri dan sidang media tergempar dipanggil berserta siaran langsung TV.Hal ini menjadi bahan ketawa negara.
Bila semakin tertekan ternyata beliau semakin tidak demokratik. Hasratnya hendak menggambarkan dirinya sebagai tokoh demokrasi terbalik kepada imej autoritarian yang tidak bijaksana..
Pandangan saya yang kritikal terhadap Najib dilihat oleh sesetengah orang sebagai merbahaya kepada UMNO jika saya terus berada dalam UMNO. Mereka ini tentuya melihat diri saya lebih besar dari saya yang sebenarnya. Siapalah saya.
Saya tidak akan menjadi mana-mana anggota parti politik walaupun telah dijemput berkali- kali kerana saya tidak ada cita-cita politik. Politik bukan lapangan saya sebaliknya penulisan dan kewartawanan adalah medan perjuangan saya secara sendirian. Ada orang yang menilai saya lebih dari sepatutnya
Hubungan saya dengan UMNO sekarang adalah ibarat putusnya hubungan cinta sejati. Saya merasa kekasih berkhianat dan bersikap curang. Sekalipun saya kecewa, patah hati, sedih dan hiba tetapi sukar untuk dipadamkan kasih sejati yang terpendam amat mendalam sekian lama. Sekalipun dalam kekecewaan tetapi sukar untuk mengucapkan selamat tinggal.
Untuk mengetahui perasaan sebenar saya terhadap UMNO, bacalah "PERGI MAMPUSLAH UMNO" yang merupakan kompilasi dari tulisan saya di blog zamkata.
Saya mengakhiri buku ini dengan konklusi bahawa Tun Mahathir menjadi punca keruntuhan peradaban suatu bangsa yang dibinanya atas kepercayaan meterialisme sebagai pengangkat maruah dan pertahanan bangsa tanpa memberikan perhatian berat kepada pengawalan moral dan integriti yang membawa kepada pendedahan memalukan manusia Melayu yang tamak haloba memburu kekayaan dan kehidupan mewah dengan mengenepikan nilai-nilai yang baik sehingga akhirnya mengheret peneroka Felda membeli saham dengan menanggung hutang.
Perbezaan nilai inilah yang menyebabkan negara kecil Singapura menjadi besar dan negara besar Malaysia menjadi kecil kerana tidak menyemai dan menekankan prinsip moral dan undang-undang kepada rakyatnya menerusi sistem kepartian dan kepimpinan negara dengan tegas dan berani.
Anda boleh membeli terus PERGI MAMPUSLAH UMNO dari penulisnya Tan Sri Zainuddin Maidin dengan harga sebuah RM35 temasuk belanja pos, hantar ke akaun CIMB 8002397357. Sertakan slip bank-in dan alamat lengkap anda dan nombor phone ke e-mail zainudinmaidin@gmail.com
Sumber:http://zamkata.blogspot.my
Sumber:http://zamkata.blogspot.my