Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Bersatu nafi dakwaan 200 ahli keluar parti

$
0
0


Bersatu nafi dakwaan 200 ahli keluar parti


Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Negeri Perak menafikan dakwaan dua pimpinan Ketua Bahagian bersama 200 ahli di negeri itu mengumumkan keluar parti semalam.

Ahmad Faizal Azumu (gambar di atas) dalam kenyataannya hari ini menjelaskan pihak Badan Pimpinan Bersatu Negeri Perak telah memantau sidang dibuat oleh Ketua Penaja Bahagian Kuala Kangsar, Dul Hayati Baheran dan Ketua Penaja Bahagian Parit, Rosli Ali di Ipoh semalam adalah tidak benar sama sekali.

“Sejurus selepas sidang media yang telah mereka adakan, kami telah mengadakan perjumpaan dengan Ahli Jawatankuasa dan kepimpinan Bahagian-bahagian Kuala Kangsar dan Parit.

“Daripada perjumpaan itu, kami mendapati, dakwaan bahawa 200 orang ahli PPBM daripada Bahagian Parit telah ikut keluar parti adalah tidak benar.

“Badan Pimpinan Negeri Perak akan terus bersama ahli-ahli yang masih memegang prinsip perjuangan dalam menentang kemungkaran yang berlaku di dalam negara. Tumpuan diberikan kepada usaha memantapkan jentera pilihan raya,” ujarnya.

Sidang media yang dilakukan semalam oleh Ketua Bahagian yang diadakan di Ipoh mendakwa 200 ahli Bersatu di bahagian itu keluar parti.Semalam Dul Hayati dan Rosli dalam kenyataan bersama telah mendakwa tidak percaya dengan kepimpinan Pengerusi Bersatu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Kepimpinan parti yang tidak memperdulikan langsung mereka di Parit.

Bahkan dakwanya, kepimpinan Bersatu di negeri itu dilihat sudah lumpuh dan tidak lagi berdaya untuk menentang Umno dan Barisan Nasional (BN).

Ahmad Faizal yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) berkata, pihaknya telah mengambil maklum dengan sidang akhbar yang berlaku semalam dan ujarnya akan menghantar laporan penuh mengenainya kepada Majlis Pimpinan Tertinggi parti.

Perak menghadapi krisis   apabila sebelum ini beberapa ketua bahagian dan ahli mengumumkan keluar parti sebelum tindakan terkini membabitkan Naib Presiden Datuk Hamidah Osman  yang telah meletakkan jawatan dan keluar parti pada 16 September lalu.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722