Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Jakim perjelas dakwaan agihan peruntukan tidak adil

$
0
0


Othman Mustapha
Othman
 
 
SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menjelaskan pengagihan peruntukan sebanyak RM30 juta diberikan kerajaan terhadap 28 institusi pengajian tahfiz dibuat secara adil.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Othman Mustapha berkata, peruntukan kepada institusi tahfiz ini adalah bertujuan untuk penyelarasan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara.

Menurutnya, sebanyak 571 buah institusi tahfiz berdaftar di seluruh negara layak menerima bantuan tersebut.

“Daripada jumlah berkenaan sebanyak 34 buah institusi tahfiz berdaftar  di negeri Kelantan telah menerima bantuan.

“Jumlah bantuan yang diberikan adalah berbeza antara institusi berdasarkan data bilangan murid yang dibekalkan oleh institusi tahfiz berkenaan kepada pihak berkuasa agama negeri masing-masing,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Bantah agihan peruntukan pusat tahfiz tidak adil]
Othman berkata demikian ketika mengulas mengenai kenyataan 12 pengetua sekolah tahfiz di Kelantan yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap peruntukan diberikan oleh kerajaan terhadap 28 institusi pengajian tahfiz, baru-baru ini.

Pemangku Presiden Sekolah-Sekolah Tahfiz Malaysia (Permata), Ya'akob Wan Harun berkata, 12 pusat tahfiz masing-masing hanya menerima RM15,000 manakala 16 pusat tahfiz lagi masing-masing menerima RM100,000.

Ya’akob berkata, pengagihan peruntukan yang disifatkan tidak adil itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan pengetua kerana mereka telah berdaftar dengan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik)  sebelum ini dan perkara itu tidak sepatutnya berlaku. 



Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722