Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Gangguan bekalan air empat hari di Klang - SYABAS

$
0
0
ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Beberapa kawasan di Klang akan mengalami gangguan bekalan air mulai 24 hingga 27 Oktober depan ekoran kerja penggantian paip oleh Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn. Bhd. (Syabas).
 
Dalam notisnya menasihatkan pengguna menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja-kerja bermula pada 24 Oktober (Selasa) mulai pukul 9 malam hingga 5 pagi bagi tempoh yang sama selama dua hari.
 
Antara kawasan yang terlibat dalam kerja-kerja gantian itu adalah Leboh Sungai Keramat 13, Jalan Haji Sirat, Pekan Batu 4, Kapar itu termasuk Taman Klang Utama dan Stesen Minyak Petronas Hentian Rehat Shahpadu.
 
“Manakala bagi kerja penyambungan paip di Taman Sentosa, Klang yang dijadualkan bermula 26 Oktober pada pukul 9 malam hingga 7 pagi keesokan harinya akan mengambil tempoh selama dua hari.
 
“Antara kawasan terjejas adalah Taman Sentosa, Jalan Raja Nong, Jalan Jati, Taman Bendahara, Taman Bentara, Taman Temenggong, Taman Laksamana, Taman Raja Nong, Taman Bijaya Kampung Jawa dan Hospital Pakar Sentosa,” katanya.
 
 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722