Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Kerajaan Melaka tidak jadi kaya

$
0
0

MSO


Kerajaan Melaka tidak jadi nak jadi kaya apabila harta karun yang kononnya ada dalam sebuah gua di Pulau Nangka tidak dijumpai. Sehubungan itu juga syarikat yang diberi kontrak selama empat bulan untuk mencari harta karun berkenaan ditamatkan menjelang tengah malam ini.

Bagaimana pun menurut Ketua Menteri, Idris Haron pencarian itu akan diteruskan oleh syarikat lain yang akan menumpukan pencarian di kawasan lain.

Dalam dunia serba moden hari ini masih ada lagi orang mempercayai kepada harta karun. Daripada berangan-angan untuk mendapat wang secara mudah, baik Idris membuka projek tanam ubi buat tapai atau bina kilang cancaluk secara besar-besaran. Ada kulihayanya.

Begitulah kalau KM tidak mempunyai buah fikir bagaimana hendak memajukan negeri, terpaksa percaya kepada bomoh dan tahayul. Bukan mudah menjadi pembesar negeri, angkat sumpah senang tetapi hendak mengisi tanggungjawab itu payah.

Cuba panggil pula bomoh Ibrahim Mat Zain suruh dia teropong kedudukan harta karun berkenaan

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722