Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Ke mana halatuju pemilihan PKR 2014?

$
0
0

Mengapa PKR enggan belajar dari kesilapannya dalam pemilihan parti yang lepas?

pemilhan 2014


Pelbagai ‘kisah’ menarik mewarnai pemilihan parti PKR yang sedang berlangsung di lebih 200 cabang di serata Malaysia. Namun yang paling menarik mungkin apa yang belaku di Lawas dan Kemaman.

Sementara cakap-cakap bahawa Azmin menggunakan pengaruhnya dalam parti bagi memastikan dia kekal sebagai Timbalan Presiden serta memastikan ‘orang-orang’ kanannya yang bertanding menang bukanlah sesuatu yang baru.

Ini bukan kali pertama Azmin diuar-uarkan menjadi dalang dalam menentukan keputusan pemilihan parti.

Perkara yang sama telah disebut-sebut sejak pemilihan yang lalu apabila konco-konco Azmin di dalam parti memanipulasi undian akar umbi bagi memastikan sokongan memihak kepada mereka.

Walau yang demikian adalah tidak adil untuk menghukum Azmin apabila dia sekadar menggunapakai sesuatu yang telah lama diamalkan oleh Ketua Umum PKR, malah ia telah diterima sebagai budaya dalam parti.

PKR selama ini lantang mencabar kredibiliti serta menggelar SPR sebagai anjing Umno kerana kononya memanipulasi proses pilihanraya, namun parti itu sendiri gagal membuktikan kemampuan mereka mengelola proses pemilihan dalaman dengan teratur dan telus.

Apa yang berlaku di Batang Sadong dan Kemaman terus mencemar imej PKR dalam menjalankan pemilihan parti yang sememangnya telah hitam dengan campurtangan Azmin dalam menentukan keputusan undian, serta kegagalan untuk memastikan ahli JPP bersih dari kecenderungan terhadap calon-calon tertentu.

Itu belum lagi mengambil kira Lawas yang meminta proses pengundian di panjangkan kepada dua hari sedang cabang yang lain perlu melunaskan tanggungjawab mereka dalam masa sehari.

Baru pemilihan dalaman parti, kecohnya seperti pilihanraya umum. Mengapa PKR enggan belajar dari kesilapannya dalam pemilihan parti yang lepas?

Adakah pemimpin di dalam parti ini terlalu angkuh untuk melihat lebih daripada kepentingan peribadi mereka sehingga sanggup memperjudikan masa depan parti serta membelakangkan kepentingan akar umbi?

Sampai bila PKR mahu menghalalkan gangsterisme dikalangan ahlinya?

Jika imej bercakaran sesama sendiri adalah cara PKR menunjukkan kepada umum bahawa parti ini adil dan telus maka jahanamlah masa depan pembangkang di Malaysia.

Rakyat mengharapkan barisan pembangkang yang boleh mengekalkan keseimbangan bagi kelangsungan hidup yang lebih baik namun PKR menunjukkan yang sebaliknya.

Apa alasan PKR kali ini? Campurtangan Umno/BN? Buka mata luas-luas dan lihat dalam parti sendiri. Jangan asyik cuba menunding jari bila keperluan untuk melakukan perubahan patut bermula dari kalangan pemimpin parti.

Adakah pemilihan PKR kali in akan menjadi yang terburuk dalam sejarah parti ini? Adakah calon-calon ‘favourite’ begitu ghairah untuk menang sehingga lupa pada mata umum yang memandang dan menilai?

Apa jua yang berlaku, PKR perlu segera bangkit dari lena. Pemimpin-pemimpinnya perlu sedar dan berubah sebelum parti ini berdepan dengan kebobrokan yang boleh membinasakan.

Sampai bila PKR mahu menjadi alat kepada perjuangan individu yang dahagakan kuasa? Sekarang Anwar dan Azmin, selepas ini siapa pula?

Bagaimana PKR nak mendukung suara rakyat bila keadaan dalaman parti kucar-kacir dan tidak punya hala tuju?

Belajar dari kesilapan lalu, bukan mengulagi kesilapan yang sama. Kalau budaya seperti ini berterusan, PKR hanya akan jadi bahan lawak umum. Bercakap mengenai keadilan dan ketelusan sedang perlakuan menunjukkan mereka hanya cakap tak serupa bikin.

(*)  Lisa Adam adalah pemerhati politik tempatan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722