Oleh: Mohd Ezli Mashut
SHAH ALAM: Kerajaan Selangor disaran melaksanakan program ‘tol percuma sehari’ bagi Lebuhraya LDP, Kesas dan Sprint pada hujung minggu untuk membantu rakyat yang menderita dengan dasar kenaikan harga barangan dilaksanakan Kerajaan BN
Adun Kinrara, Ng Sze Han, berkata Kerajaan Selangor harus menggunakan pegangan sahamnya dalam lebuh raya untuk menolak kenaikan kadar bayaran tol seperti yang diumumkan oleh Barisan Nasional.
Katanya, Kerajaan Negeri juga perlu menggunakan keuntungan dpegangan sahamnya di syarikat konsesi lebuh raya dengan memberi tol percuma sehari dalam hujung minggu untuk manfaat rakyat Selangor.
“Malahan ia adalah satu langkah pertama dan ia dapat diperkembangkan penikmatnya melalui peruntukan belanjawan Selangor tahun depan,” kata Sze Han dalam kenyataan medianya.
Beliau berkata, berdasarkan laporan tahunan Litrak Berhad dan Konsortium Expressway Shah Alam Selangor Sdn Bhd (Kesas), penggunaan lebuh raya itu meningkat melebihi 5 peratus seperti yang dijangkakan.
“Secara keseluruhannya, lebuh raya mencapai keuntungan dalam beberapa tahun ini. Misalnya, Litrak Bhd yang menguruskan lebuhraya LDP dan Sprint mencapai keuntungan RM180 juta pada 2013.” katanya.
Sze Han berkata, Kerajaan Selangor mempunyai 30 peratus saham dalam Kesas melalui pegangan PKNS, dan 20 peratus saham dalam Litrak Bhd melalui pegangan Kumpulan Perangsang Bhd.
Berdasarkan perhitungan bagi 2013, Litrak Bhd dijangka dapat menyumbangkan RM27 juta daripada perolehannya kepada Kerajaan Selangor setiap tahun.
Maka, dengan jangkaan kasarnya terdapat 35,000 pengguna akan menikmati program kebajikan Kerajaan Selangor.
Katanya, keputusan Kerajaan Selangor untuk menjual 30 peratus saham Kesas dimiliki PKNS kepada Gamuda Berhad perlu ditimbang semula supaya dapat menghalang kenaikan harga tol pada masa depan.
“Jika Kerajaan negeri ingin meneruskan penjualan tersebut, keuntungan sebanyak RM36 juta yang akan diperolehi melalui jualan itu harus diterjemahkan kepada program tol percuma sehari kepada pengguna lebuhraya Kesas pada hujung minggu.”
“Pemberian tol percuma pada hujung minggu dapat membuktikan usaha kerajaan Pakatan Rakyat dalam merealisasikan manifesto pilihan raya,” katanya.-EZY