Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Nik Aziz terima cadangan Umno

$
0
0

Nik Aziz terima cadangan UmnoAsyraf Wajdi bertemu Nik Aziz di pejabat Mursyidul Am Pas itu di Institut Pemikiran Tok Guru, semalam. - Foto Sinar Harian Oleh: KHIRU SHALEH ABDULLAH


KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyambut baik cadangan Umno untuk menubuhkan jawatankuasa teknikal hudud di peringkat kebangsaan bagi membolehkan pelaksanaan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 lebih difahami sebelum usul itu dibawa ke Parlimen.

Beliau bagaimanapun, enggan campur tangan dalam urusan teknikal, walaupun mengakui pelaksanaannya perlu kepada jawatankuasa teknikal.

“Masalah teknikal bukan kerja saya, saya hanya sebut masalah dasar, bagaimana dasar ini hendak dilaksanakan, ia perlu kepada teknikal.

“Saya tidak suka masuk campur dalam urusan teknikal, terserah kepada pihak berkenaan tapi saya menyambut baik cadangan itu, saya gembira kerana hudud yang dulunya ditentang, kini diterima,” katanya mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung cadangan Umno mewujudkan sebuah jawatankuasa teknikal mengenai hudud di peringkat kebangsaan.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722