Jumpa janin di surauLokasi dipercayai di mana bungkusan plastik mengandungi janin ditemui di surau berkenaan.



KAJANG – Janin dipercayai berusia enam bulan ditemui oleh seorang pemandu teksi  di Surau Taman Delima, Kajang, semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Abdul Rashid Abdul Wahab berkata, pemandu teksi itu menemui janin tersebut sewaktu hendak menunaikan solat di surau berkenaan kira-kira jam 6.30 pagi.

Abdul Rashid berkata, janin yang berkemungkinan sudah dibersihkan memandangkan tidah darah itu berada di dalam beg plastik.

“Setakat ini polis sudah mendapatkan kenyataan daripada beberapa orang awam untuk siasatan,"katanya.

Seorang saksi kejadian enggan dikenali, mendakwa melihat bungkusan atas tempat duduk di surau tersebut.

Katanya, seorang jemaah di situ terhidu sesuatu sebelum membuka plastik tersebut.