Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Rafizi dakwa KM salah guna kuasa sekat pemimpin PKR

$
0
0

 Post Pic
 
Oleh Nur Shakira Buang
PETALING JAYA:  Ketua Menteri Sarawak, Datuk Seri Adenan Satem didakwa telah menyalahgunakan kuasanya untuk menyekat pimpinan PKR untuk ke negeri Bumi Kenyalang itu bagi tujuan politik.
 
Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli berkata demikian ekoran penahanan beliau sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching pada jam 6.20 petang semalam.
 
Sehubungan itu Rafizi menegaskan beliau akan mengambil tindakan mahkamah bagi mencabar sistem perundangan negeri itu yang mana jelas satu penyalahgunaan kuasa.
 
"Seperti yang telah dilaporkan, saya ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching sejurus tiba semalam jam 6.20 petang untuk satu perjumpaan dengan pimpinan Keadilan Sarawak. Saya terus dibawa ke pejabat Jabatan Imegresen dan diberi Notis Penolakan Masuk," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini.
 
"Saya juga dimaklumkan oleh pegawai kanan tersebut bahawa Jabatan Imegresen telah diberikan arahan keras untuk menguatkuasakan larangan masuk tanpa sebarang budi bicara, " jelasnya.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722