MUHAMMAD FAIZAL
KUALA LUMPUR: Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan akan menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak Permodalan Nasional Berhad (PNB) pada 24 April ini bagi pembinaan Menara Warisan Merdeka yang bernilai RM5 bilion.
Ketua Pemuda PAS Wilayah, Ir Khairil Nizam Khairudin berkata, pihaknya berharap perbincangan dengan Pengerusi PNB itu akan dapat memberi penjelasan terperinci status projek tersebut.
"Kita akan nyatakan respon pandangan awam dari Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) pada 29 Oktober hingga 7 November 2010, yang mana dari 3,510 orang 38.4 peratus tidak bersetuju dengan lokasi pembinaan.
"Malah Merdeka Centre pada suku ke empat 2010 dan mendapati sebanyak 65 peratus daripada 1,005 responden tidak bersetuju pembinaan ini.
Menurutnya Khairil yang juga lagi Naib Ketua Pemuda PAS Pusat, pihaknya turut melihat selain bantahan orang awam ada beberapa lagi faktor yang perlu dipertimbangkan untuk pembinaan menara tersebut.
"Kita melihat pembinaan menara ini akan menjejaskan hakisan sejarah negara kerana Taman Merdeka Negara yang dimasukkan ke dalam zon penampan kepada Stadium Negara dan Stadium Merdeka.
"Ia dilindungi di bawah Seksyen 25(1) Akta Warisan Kebangsaan 2005, amat jelas ia bertentang dari aspek perundangan," katanya.
Jelas beliau lagi, pembinaan tersebut turut dilihat bertentangan dengan keadaan ekonomi yang melanda negara ini.
Katanya, tatkala rakyat berhadapan dengan tekanan ekonomi ekoran kenaikan kadar inflasi, pembinaan ia tidak wajar sama sekali, malah tidak memberi kesan kepada limpahan ekonomi khususnya kepada kelompok rakyat yang banyak.
"Selain itu, kaji mendapat masih banyak kediaman kondominium mewah yang belum diisi sepenuhnya termasuk juga unit pejabat mahupun ruang membeli belah.
"Kondominuim hanya 32 peratus daripada 27,000 unit masih kosong, ini tidak termasuk jangkaan lebih kurang 5,204 unit baru pada tahun 2014. Unit pejabat mencapai 14 peratus daripada 90 juta kaki persegi dan ruang membeli belah adalah 10 peratus daripa 44 juta kaki persegi pada tahun 2013," sambungnya.
Khairil menjelaskan, bantahan ini juga dibuat atas kebimbangan akan berlakunya kesesakan jalan raya yang amat teruk.
"Kawasan ini merupakan lokasi premium yang berdekatan dengan kawasan segitiga emas, kesesakan jalan bukan hanya berlaku pada waktu puncak tetapi turut berlaku dalam kebanyakan waktu.
"Projek pembinaan berkenaan akan meningkatkan kesesakan trafik dan berkemungkinan boleh mengganggu persekitaran sekolah serta kawasan perumahan yang berdekatan," katanya.