Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

MH370 : Misi Bluefin-21 Tetap Diteruskan

$
0
0

alt
 
Hafiz Roslan 


KUALA LUMPUR  - Operasi dan mencari dan menyelamat pesawat MH370 akan tetap diteruskan dengan menggunakan Bluefin-21, kenderaan dalam air (AUV) dan tidak akan dihentikan.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussien  berkata, penambahan aset akan dibuat dengan kerja sama dari pihak swasta bagi melancarkan oerasi mencari.

"Syarikat  Deftech, Boustead dan beberapa lagi syarikat telah pun berjumpa dan berbincang.

"Kita boleh tambah UAV untuk kita pantikan boleh membantu." katanya pada sidang media di Hotel Royal Chulan di sini hari ini.

Tambah Hishammuddin, pencarian MH370 semakin sukar dan kritikal pada hari esok bagi pasukan mencari dan penstrukturan semula pasukan akan dibuat jika perlu termasuk meneliti semula data yang diperolehi.

"Kita dah masuk fasa sonar aktif dan pasif sonar menggunakan eset kapal selam dan hanya menunggu masa untuk digerakkan.

"Saya ini menegaskan kapal selam dengan keupayaan teknologi sonar bagi tujuan mencari adalah terhad dan ianya telah dibincangkan diperingkat ketenteraan.

Pesawat MH370 telah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada jam 12.41 tengah malam dan hilang daripada imbasan radar kira-kira sejam kemudian ketika terbang di ruang udara Laut China Selatan. Pesawat MH370 sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi 8 Mac.

Pesawat MH370 dilaporkan telah menyimpang dari laluan sebenar di Laut China Selatan.

Menerusi pengesahan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, satu analisi data satelit telah menunjukan kedudukan terakhir MH370 di Lautan Hindi di barat Perth, Australia.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722