Syafiq Syazwan
KUALA LUMPUR - Insiden liwat yang berlaku terhadap Saiful Bukhari Azlan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukan kejadian pertama tetapi ianya telah berlaku semenjak dua bulan lebih awal dari Jun 2008.
Hakim Datuk Balia Yusof Wahi berkata, keputusan tersebut dicapai setelah mendapat laporan dari dua pakar perubatan Dr Siew Sheue Feng (PW3) dan Dr Fazuin Rahimi (PW23) yang menjadi saksi pendakwaan dalam kes liwat-2 Anwar.
"Kedua-dua PW3 dan PW23 mengakui bahawa PW1 (Saiful) memberitahu mereka bahawa beliau telah diliwat oleh individu berprofil tinggi sekurang-kurangnya dua bulan dan kali terakhir insiden tersebut berlaku pada 26 Jun 2008," kata Balia menerusi keputusan bertulis yang dikeluarkan semalam.
Balia mengetuai panel hakim Mahkamah Rayuan dalam kes liwat-2 Anwar bersama Hakim Datuk Aziah Ali dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.
Keputusan akhir perbicaraan mendapati Anwar bersalah meliwat Saiful dan dijatuhi hukuman penjara selama lima tahun namun hukuman tersebut ditangguh menerusi mitigasi yang dipohon peguam mendiang Karpal Singh sementara menanti proses rayuan.
Prosiding kontroversi itu menyaksikan kedua-dua pihak pendakwa dan pembelaan mempertahankan hujah mengenai sampel DNA yang diperoleh dari rektum Saiful yang akhirnya dibenarkan diguna di mahkamah sebagai bukti selepas mendapati spesimen yang diambil tidak dijejaskan oleh Supt Jude Pareira sepertimana yang didakwa oleh peguam pembelaan.
"Bukti penting yang disokong oleh penembusan pada faktum (rektum) PW1 adalah bukti dari Dr Khairul Nizam (PW2), Dr Siew (PW3), Dr Razali (PW4) dan Ahli Kimia Dr Seah (PW5).
"PW2 dan PW4 menjalankan pemeriksaan terhadap PW1 dengan kehadiran PW3 dan PW4. PW2 dan PW4 melakukan pemeriksaan anal. Calitan (spesimen) diambil oleh PW1 dan PW2," kata Balia.
Hasil pemeriksaan tersebut mendapati terdapat dua DNA yang diperoleh terdiri daripada 'Lelaki Y' (Male Y) dan Saiful.
Ketika penahanan Anwar dipenjara, pihak polis menganalisis beberapa sampel DNA diperoleh dari berus gigi, tuala dan botol plastik yang digunakan Ketua Pembankang tersebut dan hasil pemeriksaan DNA bertepatan dengan spesimen yang didapati hasil daripada pemeriksaan ke atas Saiful.
"Kita kini mempertimbangkan identiti 'Lelaki Y' yang dikatakan sebelum ini. Dalam hal ini, bukti yang dikemukakan seorang lagi ahli kimia Aidora Saedon (PW6) dari Jabatan Kimia adalah penting.
"...PW6 mendapati bahawa 'Lelaki Y' adalah pemilik DNA yang ditemui dari bukti yang diperoleh dari lokap. PW6 merumuskan bahawa penyumbang DNA dan 'Lelaki Y' dari sumber yang sama," katanya lagi.