Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Tian Chua dihalang masuk Sabah, tindakan salah guna kuasa

$
0
0

KEADILAN DAILY

Tian-Chua1 
KOTA KINABALU : Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua menyifatkan tindakan menghalangnya daripada memasuki Sabah, sebagai tindakan tidak masuk akal dan penyalahgunaan kuasa.

Ahli Parlimen Batu itu dalam twitternya kira-kira jam 2.30 semalam di Kota Kinabalu memaklumkan, dia ditahan selepas pegawai imigresen memeriksa statusnya.

“Pegawai Imigresen beritahu, arahan sekatan terhadap saya masih berkuatkuasa.

“Sekatan perjalanan yang dikenakan atas ahli politik pembangkang menjadi semakin tak munasabah. Kami tidak boleh berjalan di negara kami sendiri,” kata Tian dalam twitternya.

Beliau kemudiannya diiringi pegawai imigresen dan dibawa masuk ke ruang berlepas secara rasmi dihantar semula pulang ke Kuala Lumpur jam 3.30 petang semalam.

Tian Chua turut bertegas tidak akan membayar untuk tiket penerbangannya ke Kuala Lumpur.

Tian dijadualkan ke Kota Marudu untuk menghadiri program pemilihan KEADILAN yang dianjurkan Pengerusi Majlis Pimpinan KEADILAN, Datuk Seri Lajim Ukin.

Sebelum ini pada 7 April 2013, Tian Chua dihalang memasuki Sabah ekoran kenyataannya berhubung pencerobohan kumpulan bersenjata di Lahad Datu.

Beliau dimaklumkan kerajaan Sabah mengeluarkan perintah halangan masuk kepadanya.
Manakala pada 25 Mac, Tian Chua bersama Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution dan Pengarah Strategi Rafizi Ramli turut mengalami nasib sama.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722