Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Utusan hanya fitnah, tak berani berdepan di mahkamah

$
0
0

KEADILAN DAILY

no_to_utusan 
KUALA LUMPUR : Setelah memfitnah Anwar terlibat dalam pencerobohan Lahad Datu, Utusan dan Umno tidak berani berdepan dan mempertahankan tuduhan mereka di mahkamah, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Mohamed Azmin Ali.

Sebaliknya kata Azmin, Utusan dalam beberapa minggu ini cuba sedaya-upaya mengelak dari menghadapi Anwar dan peguamnya di mahkamah.

“Lebih seminggu lalu, Utusan menyingkirkan peguam utama Anwar, dua kali gagal dalam percubaan menangguh prosiding perbicaraan.

‘Sebelas jam selepas itu, (Utusan) memfail permohonan untuk menyingkirkan Hakim Rusilah Yop,” kata Azmin dalam kenyataan.

Tegas Azmin, Najib dan Umno bertanggungjawab terhadap fitnah bermotif politik terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui Utusan Malaysia, yang mengamalkan kewartawanan murahan lagi menjijikkan.

Anwar pada Mac 2013 bertindak menyaman Utusan dan TV3 atas dakwaan kononnya beliau berperanan di sebalik serangan bersenjata di Lahad Datu.

Pemimpin Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 26 April 2013 yang merupakan Menteri Pertahanan ketika itu mendakwa tiga orang pemimpin pembangkang terlibat dalam kejadian tersebut.

Kata Azmin, sama ada Utusan atau Umno-BN, mereka mendakwa mempunyai bukti bahawa Anwar dan beberapa pemimpin pembangkang terlibat dalam insiden itu.

Justeru, beliau mendesak Najib dan Umno berhenti melepaskan diri menggunakan fitnah dan pembunuhan politik melalui jurucakap mereka Utusan Malaysia.

“Sangat mengejutkan apabila Umno dan Utusan tidak teragak-agak menyebarkan pembohongan mengenai perkara yang melibatkan keselamatan negara,” kata Azmin

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722