Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Ibu dicekup bekal dadah pada anak di mahkamah

$
0
0
MALAYSIAKINI


 


Seorang wanita ditahan ketika cuba membekalkan dadah kepada anaknya yang baru sahaja dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan kerana memiliki dadah di Mahkamah Majistret Balik Pulau semalam.
  
Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Siti Nor Salawati Saad berkata perbuatan wanita berusia 56 tahun itu disedari polis yang mengiringi anak lelakinya turun dari kandang tertuduh untuk dibawa ke lokap sementara mahkamah pada pukul 11.15 pagi.
  
"Suspek dilihat mendekati anaknya yang berusia 35 tahun sebelum menyerahkan bungkusan kecil yang dibalut plastik hitam secara sembunyi, bagaimanapun kelakuannya yang mencurigakan itu disedari anggota bertugas," katanya kepada pemberita di Balik Pulau hari ini.
  
Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati bungkusan itu mengandungi ketulan mampat dadah jenis heroin seberat 9.4 gram yang dibalut dalam gulungan tembakau.
  
Siti Nor Salawati berkata polis masih menyiasat sumber bekalan dadah itu diperoleh dan wanita yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu direman tujuh hari mulai hari ini untuk membantu siasatan.   
- Bernama

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722