Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Ajak PM tinggal sehari di rumah pangsa kos rendah'

$
0
0
MALAYSIAKINI



 
 
 
Seorang wakil NGO hari ini menyarankan supaya mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tinggal selama sehari di rumah pangsa kos rendah supaya dapat merasakan beban yang ditanggung rakyat yang masih ramai tidak mampu memiliki rumah walaupun harga pasaran hartanah berkembang.

Saranan itu dibuat oleh wakil Saya Anak Bangsa Malaysia (SABM), Jayanath Appudural sewaktu perbincangan meja bulat yang disertai beberapa NGO lain yang prihatin terhadap masalah serius perumahan yang sudah lama dihadapi penduduk bandar.

"Kita perlu menjadi radikal dan meminta PM datang dan cuba hidup di rumah pangsa kos rendah walaupun hanya untuk satu hari," katanya.

Menurutnya lagi, Najib juga perlu merasai bagaimana menguruskan hidup dengan pendapatan sebanyak RM680 sebulan.

Masalahnya, menurut Jayanath, golongan atasan seperti Najib tiada pengalaman hidup dalam kemiskinan dan terlalu jauh dari masalah itu.

SABM adalah antara NGO yang bergabung tenaga dengan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk melancarkan kempen menangani masalah tersebut di mana rakyat miskin terpaksa hidup bersesak di rumah pangsa manakala pengusaha hartanag meraih keuntungan besar.

Sementara itu, wakil NGO dan parti politik yang menyertai
perbincangan itu sebulat suara memutuskan untuk menghantar memorandum menuntut kerajaan campurtangan dalam isu perumahan rakyat miskin di kawasan bandar.

Antara wakil NGO yang hadir ialah Pengerusi Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Arumugam Kalimuthu; Setiausaha Agung Persatuan Pembeli Rumah, Chang Kim Loong dan Presiden Kumpulan Bertindak Interlok Kebangsaan (Niat), Datuk Thasleem Mohd Ibrahim.

Yang lainnya ialah dari JERIT, PERMAS, RAGAS dan Gabungan Pertahankan Warisan Kita, dan wakil dari PAS dan Parti Sosialis Malaysia (PSM).

Perbincangan itu dipengerusikanf oleh Ahli Parlimen Sungai Siput, Michael Jeyakumar dari PSM.

Beliau memandang serius masalah hampir 25 peratus daripada 6.7 juta isi rumah di Malaysia yang masih tidak memiliki rumah pertama sedangkan kadar perkahwinan ialah 210,000 pasangan setahun.

Perkara itu, katanya, berpunca daripada keperluan membuat keuntungan sama ada daripada projek perumahan kerajaan negeri mahupun kerajaan persekutuan.

"Semua pihak nak dapat untung besar dalam projek perumahan, pihak macam kerajaan, kerajaan negeri ataupun perbadanan kemajuan, perumahan mereka dilaksanaka untuk bantu tapi mereka tetapi sebalik ia menekan rakyat," katanya kepada Malaysiakini.

Katanya, Program Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) sebanyak 80,000 unit yang dirancang kerajaan telah membebankan penduduk bandar kerana harganya yang tinggi pada kadar RM100,000 hingga RM400,000.

Beliau berkata, perbincangan hari ini membuahkan hasil yang positif dan satu memorandum mengenainya akan dihantar kepada Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan dalam masa enam minggu.

Perkara yang dibangkitkan dalam memorandum itu ialah:

1. Rumah tanpa geran di kawasan bandar diberikan geran di tapak mereka sendiri supaya dapat mengurangkan kadar ketiadaan rumah. Justeru itu kerajaan

harus menggunakan Akta pengambilan tanah untuk ambil alih tanah persendirian daripada peneroka tanah;

2. Menukar undang-undang untuk mewajibkan majlis tempatan mengambil alih pengurusan rumah pangsa yang harganya di bawah RM150,000 seunit;

3. Menubuhkan badan amanah yang bukan untuk keuntungan komersial di setiap negeri untuk membiayai pembinaan rumah selesa mampu milik dengan harga yang munasabah;

4. Melancarkan satu skim simpinana dengan 10 peratus disalurkan ke tabung simpanan untuk digunapakai sekiranya pembeli menghadapi masalah kewangan; dan

5. Penubuhan sebuah lembaga tidak bermotif keuntungan untuk menyedia dan mengendalikan rumah untuk disewa pada kadar bulanan yang rendah kepada keluarga berpendapatan RM2,000 sebulan.

Dalam perbincangan pagi, beberapa wakil NGO turut mencadangkan supaya memorandum yang sama dihantar kepada  kerajaan negeri.

"Saya puas hati kerana ramai yang datang dan menerima analisis PSM berkaitan isu perumahan itu," katanya.

Jeyakumar berkata satu lagi perbincangan akan diadakan bagi membincangkan pendekatan yang terbaik untuk berurusan dengan kerajaan negeri.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722