Selain masalah beban kerja guru (SEPERTI DI SINI), nampaknya setelah mereka membandingkan bidang tugas mereka dengan gaji guru SBP yang diterima setakat ini, mereka merasakan telah wujud ketidakadilan yang dialami mereka sekarang ini. Kalangan…
Kalangan guru yang mengajar di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) agak terkilan dan kecewa dengan kerja yang terlalu banyak berbanding dengan guru menengah biasa.
Gaji Guru SBP VS Guru Sekolah Biasa VS Beban Kerja?
Mana tidaknya, mereka terpaksamengajar mulai pukul 7:30 pagi hingga 4:30 petang dan selalu pula dikenakan mengajar kelas tambahan pada hujung minggu terutama bagi pelajar yang bakal menduduki peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM)
- Inilah hakikatnya yang berlaku kepada guru SBP yang terpaksa kerja lebih masa daripada guru sekolah Menengah biasa sedangkan gaji mereka adalah sama, tetapi tanggungjawab lebih.
- Untuk menjaga prestasi sekolah SBP supaya sentiasa cemerlang setiap tahun, guru ini dikerahkan bekerja keras bagi memastikan pelajar mereka mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.
- Mereka juga perlu perlu memastikan SBP ini mempunyai kebersihan dan tahap disiplin yang tinggi selain aktiviti kokurikulum yang sentiasa berada di tahap cemerlang.
Adalah wajar jika pihak Kementerian Pendidikan mengkaji dan memberikan elaun atau imbuhan tertentu kepada guru SBP sebagai satu insentif kerana ketabahan mereka mendidik anak bangsa