Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Mahasiswa tuntut kebebasan akademik dan pendidikan percuma

$
0
0

Kami disambut baik di parlimen tapi ditutup pintu di bangunan SUK Selangor.

Mahasiswa


SHAH ALAM: Sekumpulan mahasiswa yang menggelarkan diri sebagai Gerakan Mahasiswa Tuntut Kebebasan Akademik dan Pendidikan Percuma (Bebas 2.0) telah melakukan demonstrasi aman di hadapan perkarangan pintu masuk Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK) di sini.

Namun demikian tindakan mereka terbantut ekoran dihalang oleh pengawal keselamatan yang telah menutup kesemua pintu masuk SUK.

Wakilnya, Pengerusi Pro Mahasiswa Nasional, Abdul Muqit Muhammad, menjelaskan bahawa beliau bersama 20 orang lagi ahli Bebas 2.0, berhasrat untuk menyerahkan memorandum bagi menuntut supaya dilaksanakan segera pendidikan percuma kepada semua lapisan mahasiswa kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

“Kami ingin menyerahkan memorandum ini kepada Menteri Besar, kerana kini Selangor telah ditadbir oleh pimpinan Pakatan Rakyat dan menjadi perintis kepada pelaksanaan kebebasan akademik dan juga pendidikan percuma itu dengan menjadikan Universiti Selangor (Unisel) sebagai model,” ujarnya sewaktu dihubungi oleh FMT.

“Kami juga ingin berjumpa Menteri Besar dalam hanya lima minit sahaja, namun yang hadir adalah wakil Menteri Besar,” ujarnya.

Sebelum ini memorandum yang sama telah dihantar ke parlimen dan kami disambut baik serta tidak menerima sebarang halangan daripada pihak berkenaan.

“Kami tidak diberikan sebarang sebab mengapa kami dihalang daripada masuk. Kami kecewa dengan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) ini, yang sebelum ini begitu lantang menyuarakan mengenai isu kebebasan akademik dan juga pendidikan percuma ini,” katanya

Tuntutan dikemukakan Bebas 2.0 terdiri daripada bebaskan mahasiswa dari hutang, bebaskan universiti dari campurtangan politik, bebaskan mahasiswa menguruskan kewangan persatuan sendiri, bebaskan mahasiswa menguruskan Pilihan Raya Kampus (PRK) sendiri, dan bebaskan universiti dari sistem yang tidak demokratik.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722