Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Mekanik hasilkan panjut bateri

$
0
0

Mekanik hasilkan panjut bateri
Juraimi menunjukkan panjut bateri ciptaannya
 
 
LABIS – Selepas pelita raya bateri buatannya mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai pada musim raya tahun lepas, seorang mekanik di Pekan Air Panas, di sini, menghasilkan panjut yang menggunakan kuasa bateri pula.

Juraimi Palal, 48, berkata, dia mendapat ilham mencipta pelita raya bateri pada tahun lepas selepas mendapati suasana hari raya suram kerana tidak ramai yang berminat menyalakan pelita di kawasan rumah ketika ini.

Katanya, melalui pemerhatiannya, orang ramai terpaksa mengotorkan tangan untuk mengisi minyak dan menyalakan pelita setiap hari dan ini adalah salah satu faktor mereka tidak berminat memasang pelita raya terutama di kawasan taman.

“Berbeza dengan pelita biasa yang menggunakan sumbu dan minyak, pelita dan panjut yang saya hasilkan hanya menggunakan bateri dan tidak terjejas walaupun hujan serta lebih mesra alam kerana tidak mengeluarkan asap,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, pada tahun ini dia telah menyediakan kira-kira 2,000 panjut bateri dan 3,000 pelita yang mula disiapkan sejak lapan bulan lalu dengan bantuan isterinya, Norzizan Saad, 48, serta empat anak mereka.

Katanya, dia menjual satu set pelita berserta bateri dengan harga RM50 sementara satu set dua batang panjut berserta bateri dengan harga RM60. Pelita dan panjutnya mampu bertahan sehingga 14 hari jika dinyalakan selama 24 jam.

“Tahun lalu, saya berjaya jual kira-kira 3,000 pelita dan pada tahun ini saya berharap panjut ciptaan saya ini mendapat sambutan daripada orang ramai dan setakat ini saya telah mula menerima tempahan dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak.

“Mujur saya sudah menyediakan stok lebih awal, jika tidak tentu tidak menang tangan dan setakat ini saya sudah belanjakan hampir RM15,000 untuk projek ini dan saya yakin mampu mengembangkan lagi usaha ini pada masa akan datang,” katanya.

Menurutnya, setiap hari dia bersama isteri dan anak-anaknya akan memperuntukkan sekurang-kurangnya dua jam untuk membantu membuat pelita dan panjut bateri.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722