MALAYSIAKINI
Zul Noordin 'lega'
Sementara itu, Naib Presiden PERKASA Zulkifli Noordin pula seolah-olah 'lega' dengan kematian pemimpin DAP itu.
Ketika suasana muram, dua pemimpin kanan kumpulan pendesak Melayu PERKASA tampil bersikap kasar terhadap pemergian tokoh DAP mendiang Karpal Singh.
“Satu perkara yang buat saya hilang hormat pada Karpal ialah bila mendiang tidak menghormati agama Islam dengan mengatakan 'langkah mayat dia dulu' sebelum Malaysia jadi negara Islam/atau laksana hukum hudud'.
“Sikap ini amat melampau, tidak hormat agama Islam,” kata presiden NGO itu Datuk Ibrahim Ali.
Dalam kenyataan hari ini, beliau berkata, walaupun mendiang dikatakan pejuang keadilan, beliau sebaliknya didakwa tidak menghormati keadilan dalam Islam.
“Mendiang juga double standard. Ini menyebabkan saya hilang hormat padanya. Takziah kepada keluarga mendiang,” katanya.
Ibrahim bagaimanapun mengakui Karpal memberikan sumbangan besar mewarnai politik Malaysia dan beliau turut merasakan kehilangannya.
“Akhlaknya lebih mulia daripada (Datuk Seri) Anwar Ibrahim,” tambahnya lagi.
Zul Noordin 'lega'
Sementara itu, Naib Presiden PERKASA Zulkifli Noordin pula seolah-olah 'lega' dengan kematian pemimpin DAP itu.
Zulkifli malah percaya, laluan ke arah pelaksanaan hudud Kelantan akan lebih mudah dengan ketiadaan Karpal.
“Dalam keadaan kemelut kerajaan PAS Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah telah matikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya!” tulisnya di Twitter.
“Moga perjuangan untuk melaksanakan hudud di Kelantan berjaya.
"Alhamdulillah dengan kesatuan akidah Umno-PAS dan ketiadaan Karpal, saya percaya laluan makin dipermudahkan!”
"Alhamdulillah dengan kesatuan akidah Umno-PAS dan ketiadaan Karpal, saya percaya laluan makin dipermudahkan!”
Daripada aspek guaman, Zulkifli yang juga pengamal undang-undang bagaimanapun menganggap perginya seorang peguam veteran yang hebat.
“Nama Karpal akan terus tercatat sebagai satu legenda dalam sejarah!” tulisnya lagi.