Quantcast
Channel: AR RISALAH الــرســالـة
Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Aliran trafik di lebuh raya utama masih lancar pagi ini

$
0
0
ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
KUALA LUMPUR: Aliran trafik di semua lebuh raya utama  dilaporkan lancar setakat pukul 9 pagi ini berikutan persiapan warga kota balik ke kampung untuk menyambut Aidilfitri, hujung minggu ini.
 
Menurut laporan Bernama, Jurucakap PLUS Malaysia Berhad berkata tiada laluan yang sesak menghala ke arah selatan dan utara.
 
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia berkata aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur juga lancar dan terkawal.
 
"Aliran trafik di lebuh raya lain termasuk Lebuhraya Pantai Timur 1 dan 2 juga lancar di kedua-dua arah," katanya.
 
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.
 
 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 28722

Trending Articles